Monday, June 22, 2009

HIPOKRIT

Bila si gadis bertanya tentang status hubungan mereka berdua, dengan romantisnya dia berkata "Hanya you sahaja kekasih I. Selama ini I tak pernah ada kekasih lain. Youlah penawar I seorang. Tanpa you I jadi merana "

Namun esoknya dia berpegang tangan dan menonton wayang dengan Katie. Lusanya dia beriring-iringan bersantai berkelah ke Port Dickson dengan Liliy. Tulatnya dia makan berduaan dengan Sally bercahayakan lilin di sebuah restoran terkenal. Dialah lelaki hipokrit yang tidak layak berkasih.
 
Dalam satu ceramah, pemimpin itu menasihatkan rakyat supaya menghargai keindahan alam di negara sendiri serta membeli barangan buatan Malaysia. Dia berkata "Tuan-tuan perlulah menaikkan industri perlancongan di negara sendiri serta membeli barangan Malaysia kerana cara ini dapat menaikkan ekonomi kita sendiri ".

Esoknya dia bercuti ke luar negara bersama keluarga serta membeli belah di sana. Dia juga sentiasa memandu kereta impot yang mahal. Dialah pemimpin hipokrit yang tidak layak bercakap tentang produk negara sendiri. Dia selayaknya dibisukan.  

Hari ini orang menilai kita dari apa yang kita buat. Orang tidak mahu mendengar apa yang kita cakap kerana kejujuran dan keikhlasan telah kian pudar dari manusia sedangkan ia amat diperlukan dalam menjalani kehidupan yang harmoni. 

Ketidakonsitenan diri kita akibat hipokrit ini akan menyebabkan kita diketepikan secara terhormat. Itulah faktanya......

No comments: