Wednesday, November 17, 2010

Bagaimana kapalterbang boleh terbang

Source:
rc-airplane-world.com
Wikipedia.
KapalTerbang Blogdrive.

Apabila sesebuah kapal terbang itu terbang, terdapat empat daya yang bertindak ke atasnya iaitu;

1) Daya tujah (thrust): Daya yang mendorong pesawat terbang bergerak ke hadapan. Daya ini dihasilkan oleh enjin. Semakin kuat dorongan sesuatu enjin, maka semakin laju pesawat terbang bergerak ke hadapan.

2) Daya seret (drag): Daya yang menghalang pergerakan ke hadapan. Daya ini wujud disebabkan terdapat rintangan terhadap pergerakan udara. Sebarang objek yang mempunyai rintangan udara yang tinggi akan menghasilkan daya seret yang besar. Oleh itu, sesebuah kapal terbang itu selalunya berbentuk larus dan licin bagi mengurangkan daya seret.

3) Daya angkat (lift): Daya yang mengangkat sesebuah pesawat terbang ke udara. Daya angkat ini dihasilkan oleh sayap dan penaik. Daya angkat yang terhasil bergantung kepada ketumpatan udara persekitaran, halaju pesawat terbang, luas sayap dan jenis sayap yang digunakan.

4) Berat (weight): Daya yang menarik pesawat terbang ke bawah dan ianya menghalang daya angkat. Berat wujud disebabkan tarikan graviti bumi dan nilainya bergantung kepada jisim sesuatu pesawat terbang. Semakin besar jisim, semakin berat dan susah untuk ia terbang.


Untuk sesebuah pesawat terbang bergerak ke hadapan, daya tujahnya mestilah lebih besar daripada daya seret manakala untuk terbang ke atas pula, daya angkat mestilah lebih besar daripada berat.

Jadi, bagaimana 'Kapal Terbang' boleh terbang?

"Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa peningkatan dalam kelajuan sesuatu bendalir akan berlaku serentak dengan penurunan dalam tekanan bendalir tersebut."


Bentuk Aerofoil

Lanjutan daripada prinsip inilah yang membawa kepada penemuan konsep aerofoil yang meluas digunakan pada hari ini. Dimana, wujudnya perbezaan tekanan di antara dua bahagian aerofoil tersebut. Pada bahagian atas, tekanan udara adalah rendah manakala pada bahagian bawah pula, udara bertekanan tinggi. Udara yang bertekanan tinggi ini akan bergerak ke atas menuju ke udara yang bertekanan rendah. Pergerakan ini akan menolak aerofoil ke atas dan membolehkannya terbang di udara. Fenomena inilah yang mewujudkan daya angkat pada sesebuah pesawat terbang.

No comments: