Sunday, November 7, 2010

HARI TERBUKA TUDM DI PENGKALAN UDARA TUDM BUTTERWOTH

6 NOVEMBER 2010
Pada hari biasa  ia merupakan kawasan larangan , tapi pada hari  tersebut , orang awam dijemput hadir menyaksikan pameran sebahagian jet pejuang yang digunakan dalam latihan dan rondaan udara di situ . Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendekati , memasukinya serta berposing di hadapan jet-jet pejuang tersebut  . Terdapat juga juruterbangnya  yang ada bersama bergambar dengan pengunjung yang beraneka ragam .

Barulah saya sedar rupanya  ada tercatat nama commander pada jet pejuang masing-masing menandakan ia adalah tanggungjawab penuh seseorang commander itu . Lega hati saya bila catatan nama tersebut merupakan  nama anak-anak  Melayu (berpangkat) di samping nama lain yang agak pelik-pelik menunjukkan bukan bangsa Melayu /Malaysia  .

Satu perkara yang jelas tentang saiz tubuh juruterbangnya - slim dan agak kecil dalam uniform hijaunya - kebetulan ??? atau tujuannya begitu ???- Rasionalnya  ??? .....mungkin saiz ruang juruterbang sesuatu jet pejuang terhad  ..... Cara ? diet ? exercise ? physical fitness ? Walau apa-apapun , tentera perlu selalu "fit " fizikalnya .

Selain itu terdapat juga pameran lain yang berupa kelengkapan TUDM dalam menjalankan tugas seperti radar , pakaian di samping poster-poster dan tayangan video yang berkaitan dengan operasinya . 

Satu-satunya IPTA yang turut menyertai pameran tersebut ialah USM di bawah Persatuan Aeroangkasanya sempena 100 Tahun Penerbangan Malaysia . Pelajar-pelajar jurusan tersebut mempamerkan poster dari projek berupa reka bentuk engin penerbangan yang telah dibuat oleh pelajar tahun akhirnya sebelum ini . Di samping bertujuan mempromosikan jurusan tersebut kepada masyarakat , mereka juga menjual cenderahati sekolah kejuruteraan tersebut kepada umum . Aktiviti tersebut  adalah selaras dengan  pelan kerajaan menjadikan bidang penerbangan sebagai salah satu sumber dalam penjanaan  ekonomi berskala tinggi negara .


No comments: