Monday, April 19, 2010

KISAH TIGA ORANG TUKANG MASAK

Mereka ditawarkan hadiah lumayan jika menang pertandingan memasak tetapi menunya dirahsiakan . Olehkerana mereka mahir bidang masing-masing :  mee , kek dan nasi maka persiapannya hanya dalam bidang sendiri kerana sibuk di restoran masing-masing dan tiada masa mempelajari bidang lain .

Tiba hari yang dinantikan , penyelia pertandingan membawa  mee untuk bahan  pertandingan itu . Alangkah gembiranya tukang masak mee sebab segala resepi mee dan rahsia memasaknya sudah ada di hujung jari  lalu dia  melaksanakannya dengan cemerlang dan penuh keyakinan .

Tukang masak kek dan tukang masak beraneka nasi terkulat-kulat dibuatnya dan  mereka hanya memasak menu mee yang biasa dimasak di rumah . Mereka kalah dan  tidak mendapat hadiah lumayan itu . Mereka terima dengan redha . "Dah bukan rezeki ," fikir mereka .

Itulah hakikatnya ....ketidakadilan berlaku di sana sini... tetapi perlu diterima  secara terbuka walaupun hati  membantah . Apa-apapun  hanya  Dia sahaja tahu apa yang ditakdirkanNya . Dialah yang menganugerahkan keberkatan buat insan . Dunia ini hanyalah sementara ......Kehidupan perlu diteruskan untuk mencari keredhaanNya .

No comments: