Sunday, April 25, 2010

MOTIVASI DIRI

Saya terbaca satu komen di suatu ruang di internet "Orang Melayu pandai bercakap tetapi kurang praktik , kurang kreatif dan kurang inovatif " . Bangsa Melayu  tidak perlu melenting terhadap  komen ini tetapi perlu mengambilnya sebagai sesuatu yang positif supaya kesahihannya amat kecil .

Saya hendak perkatakan bahawa terdapat ramai orang Melayu  berusaha  mempraktikkan apa yang dikata , menjelmakan  abstrak ke bentuk  konkrit dan berusaha mencipta teknologi atau kreativiti untuk kegunaan bersama1 Malaysia , lebih-lebih lagi ia dituntut oleh Islam .

Mungkin usaha-usaha ini ditenggelami oleh kata-kata yang terlampau banyak . Biasanya orang yang praktikal tidak suka bercakap banyak sebaliknya bekerja dan terus bekerja , sementara orang yang suka bercakap banyak akan terus berkata dan berkata sehingga terlupa yang dia  juga mengata diri sendiri .

Kalau diperhalusi kemajuan Islam , ia wujud hasil mempraktikkan ajaran yang dibawa oleh junjungan nabi kita Muhammad SAW . Islam adalah agama kemajuan , agama yang relevan sepanjang zaman dan kewudannya adalah sinaran buat manusia . Kalau ia dipersempitkan dengan kata-kata , kita tidak akan ke mana .

Ajaran Islam boleh menjadi motivasi diri dengan adanya konsep dosa dan pahala serta syurga dan neraka . Kalau direnungkan semula banyak ruang-ruang dan peluang-peluang dalam kehidupan yang boleh diisi dengan membuat kebaikan , kebajikan , amal soleh dan sebagainya demi keamanan bersama .

Tidak susah hendak membuat kebajikan terutama jika ada  ilmu untuk dikongsi bersama dengan orang lain  . Menyampaikan ilmu tersebut untuk kebaikan bersama sudah dikira membuat kebaikan . Kalau ada ilmu tetapi hanya untuk diri sendiri maka tidak akan ada perkembangannya . 

Dalam ertikata lain "janganlah kedekut ilmu terutama jika ia membawa kepada sesuatu kecemerlangan " ........

No comments: