Wednesday, April 7, 2010

SPESIS BARU

Baru seminggu menggunakan makmal , petugas mengadu ada barang hilang . Selepas  selesai mengajar mereka menggunakan jam randik , dia mendapati  satu jam randik hilang . Dia dan petugas berpakat untuk berhati-hati dalam penyimpanan peralatan .

Dari hari ke hari dia berusaha untuk mencari rahsia kehilangan barang-barang itu . Dia akan melaksanakannya secara sistematik supaya mereka yang melakukannya akan mengaku . Selama ini tidak terjadi kes begini . Kepercayaan kepada pelajar aliran Sains Tulin sudah diragui kini .

Nampaknya sekarang  berbeza . Adakah mereka ini spesis baru ? Masuk lambat ke makmal , hingar-bingar , gerak-laku tidak terkawal , bersahut-sahutan sesama sendiri , kualiti kerja  rendah , sukar faham pelajaran walaupun level rendah , uniform sekolah tidak terurus , malas membaca .

Dia mengambil lebih  masa mendisiplinkan mereka . Berbuih sudah mulutnya menasihatkan  . Berdentum sudah amaran dikemukakan . Volume suara sudah dimaksimakan . Perubahan tidak kelihatan . Dia sudahpun menggerakkan pembaris setengah meter kepada yang lambat .

Cubitan sudah mula digunakan . Belum ada dalam sejarahnya mencubit pelajar menengah atas . Kali ini dia terpaksa berbuat demikian kerana ia  lebih pantas dan berkesan terhadap masalah semasa . Dia keliru bagaimana spesis itu boleh berada dalam kelas elit ini . 

Siapalah yang mahu mendengar keluhannya . Namun begitu dia perlu berusaha melaksanakan tugas dengan berdedikasi . Dia perlu melaksanakan semua prosedur profesionnya dan semua evidens perlu lengkap dan praktikal . Yang penting , disiplin ilmu tidak akan terosak oleh spesis ini .

No comments: