Sunday, January 10, 2010

PEMBURU RAHSIA

Bila berbicara dia mendakwa semua rahsia orang berada dalam poketnya. Entah macam mana masuk ke poketnya tidak siapa yang  ambil tahu. Teman sekeliling sudah bosan kerja sampingannya memburu rahsia orang lain luar dan dalam.

Suatu ketika dia berkawan dengan seorang yang  tidak mahu bersekongkol dengan kerja buruannya. Kawan ini juga tidak mahu berkongsi hal peribadi dengannya. Dia menjadi marah kerana buruannya kali ini tidak berjaya  dimasukkan ke dalam poketnya seperti biasa. Kawan ini dijadikan musuh pula.

Dalam diam, kawan tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dia memperolehi ijazahnya dalam masa yang agak singkat lalu dilantik ke jawatan lebih tinggi, menjadi boss kepada pemburu rahsia tadi. Adakah dia akan terus memburu rahsia teman yang lebih tinggi pangkatnya itu? 

Mungkinkah temannya tadi akan memulangkan paku buah keras untuk mengatakan" laporan prestasi tahunan kamu ada dalam poket aku"? Walau bagaimanapun, dia tidak sehina itu walaupun dia pernah dihina kerana menyimpan rahsia diri. Baginya bukan semua hal boleh dikongsi bersama orang lain terutama kepada orang yang tidak amanah.

1 comment:

Kembara Kelana said...

mah
macam macam perangai manusia ni mah, kita salah seorang dari jurutera sosialnya mah...aku harap kau sentiasa tabah..dan nampaknya tak dapat jumpa kau dan family masa dirumah fatimah dulu...kau memang kritikal mah..seronok baca tulisan kau