Monday, January 18, 2010

LAIN DULU, LAIN SEKARANG

Masa di sekolah dulu,  bertepuk tampar sesama kawan. Sama-sama belajar dalam kelas. Bila ada peluang berihat kita bersembang dan bersenda. Tetapi bila sudah berpisah membawa haluan hidup masing-masing dan berjumpa semula, perubahan berlaku 180 darjah. Terdetik juga hati ini....Lain dulu, lain sekarang.

Dulu, bebas berbicara  berbagai hal. Hati  seronok dan tidak merasa sunyi. Pembelajaran pun tidak membosankan. Tetapi bila bertemu kembali, kelihatannya wujud  batas  keras dan kukuh memisahkan. Terasa  terlalu janggal kerana dijanggalkan. Tersentuh juga jiwa ini.....Lain dulu lain sekarang.

Bagaimana wujud sempadan dan kejanggalan ini? Adakah waktu mengubah diri? Atau status kini pengukur segala? Atau kita tak setara darjatnya? Lain  rasanya sebab hati ini tidak pernah berubah, masih seperti dulu di mana jua, setiap ketika. Entahlah, mungkin tiada jawapannya.........Lain dulu lain sekarang.

Maka terpaksalah terima hakikatnya. Orang tua-tua dah kata, pada satu ketika, enggang tetap enggang. Pipit kenalah  terima. Manakan padan terbang bersama. Inilah keluhan sang pipit, namun tak pernah kesal menjadi spesisnya.

4 comments:

Aku Pengail said...

Kenapa ni Mah...bunyi kecewa je..
Memang itu resamnya Mah..
Aku akui juga..
Aku sendiri kalau berjumpa dgn kekawan sekolah dulu, aku rasa aku tak 'free' bercakap, sebab takut kawan tersinggung..bukan kerana tak nak layan.. aku lebih suka mendengar..
aku tak pandai melawak..

Apabila kita lama tak berjumpa maka batas perhubungan memang ujud. Sebabnya kekadang kita tak nak mengimbau kenangan pahit lalu.

Kesimpulan aku..apa yang kau tulis adalah benar dan itu adalah hakikat! Dan peluang peribahasa enggang dgn enggang dan pipit dgn pipit tu berlaku memang ada tapi agak tipis kot...setakat ni aku tahu sorang dua aje..

ummuaimi said...

I couldn't agree more. itulah realiti semasa. Kita yang pipit kenalah sedorkan diri.

Citera Alam said...

Bar , awak pun perasan jugak ye ! Saya ingatkan engineer macam awak tak terfikir hal tu semua . Ini bukan masalah , cuma kurang selesa . Biarlah Bar , kita teruskan kehidupan di depan mata sekarang ni .

Ummuaimi , betul tu . Duduk ajelah buat kerja di depan mata . Kalau tersilap cakap nanti orang jeling . (Kita dah tak ada kuasa eksekutif dah )

Citera Alam said...
This comment has been removed by the author.