Monday, November 23, 2009

PERASAAN BILA DIKHIANATI .......

"Rasa  sakit dilanggar kereta tidak sesakit  ketika diri dikhianati kerana sakit dikhianati akan meninggalkan parut yang dalam walaupun lukanya telah sembuh " .....

"Biarlah  jatuh tangga , asalkan tidak  jatuh akibat  dikhianati . Walaupun sedikit sahaja kejatuhannya , ia membuatkan maruah tercalar , kredibiliti tergugat "......

"Kita boleh jadi seperti orang gila apabila diri dikhianati . Terasa dunia ini sudah jadi sempit . Tiada lagi ruang yang selesa dan selamat untuk menampung kehidupan seterusnya "........

Itulah di antara luahan perasaan bila dikhianati . Ternyata ia adalah perkara yang amat mengguris hati insan , ibu kepada segala macam penyakit . 

Untuk tidak menjadi pengkhianat  , kita kenalah melatih diri untuk menjadi seorang yang boleh menyimpan rahsia seseorang  serta memegang kukuh janji yang dipadu .

2 comments:

Kembara Kelana said...

pengkhianat dalam apa jua situasi akan memberikan high impact pada sesuatu kelompok itu....harus dihukum dgn berat...jauhilah diri kita dari menjadi pengkhianat..

runtuh kerajaan, negeri, daerah, kampong, rumahtangga, sekolah, kilang, business...kalau ada pengkianat...

paling merbahaya...sesaorang tak sedar dia sedang khianat orang lain...pada dia biasalah...tu. saja hobbby..katanya....mereka yang paling banyak tau dan hampir dgn kita adalah pengkianat yang tersembunyi...

lawannya amanah. study bab amanah...maka lawan dari input amanah itu adalah kianat namanya

Citera Alam said...

Sop , betul cakap awak tu . Sebab tu kita tak perlu percaya seseorang 100 % . Letakkan semua kepercayaan kpd Yg Maha Esa .