Wednesday, January 13, 2010

BILA TERLALU BERKIRA.......

......orang lain pun akan terlalu berkira balik pada kita. Itu tak boleh, ini tak boleh, itu salah, ini salah...... maka orang lain pun  akan jadi "itu tak mahu buat, ini pun tak mahu buat" sebab susah untuk  dikira semula.

.....orang lain akan menjauhi kita sebab merasa  terkongkong bila ada bersama. Kita jangan terkejut apabila tidak dapat menemui orang lain itu sebab mereka akan angkat kaki kerana kerimasan.

......orang lain tidak mengharapkan apa-apa langsung daripada kita walaupun kita cuba menghargai mereka semula. Kalau hati sudah retak, memang sukar untuk dipulihkan semula kecuali takdir menentukannya.

.....orang lain akan merasa diri mereka seperti diperlecehkan dan diperlekehkan seolah-olah tidak bijak mengendali urusan kerja sendiri. Mereka merasa air muka  seperti dijatuhkan akibat kongkongan itu.

Itulah bahananya  kalau kita terlalu berkira........ 


2 comments:

fati said...

Betul Mah...sebab tulah sekarang ni hati fati retak dan dah jadi org yg paling berkira ( kerana ada orang yg berkira giler rupanya...tak sangka!)

Citera Alam said...

Betul Tie . Kita serupa.........