Apabila bercerita, dialognya asyik begini "Kawan aku wakil rakyat, Yang Berhormat. Kereta mewahnya menjalar, dipandu oleh drebar. Rumahnya banglo dua tingkat". Adakah dialog ini menaikkan status diri? Jawapannya tidak pasti.....TAPI RAMAI YANG BEGITU.........
Apabila memberi maklumat, katanya begini "Anak saudara aku pegawai tinggi di jabatan itu. Gajinya besar. Dalam kampung ini, pangkat dialah yang paling tinggi". Adakah dialog ini membantu orang lain mendapat kerja di jabatan itu? Jawapannya tidak pasti......TAPI RAMAI YANG BEGITU..........
Bagaimanakah menaikkan status diri? Bagaimanakah membantu orang lain? Memberikan ruang dan peluang kepada seseorang memperolehi sesuatu boleh menaikkan imej kita.
Kita perlu ada maklumat terperinci seperti alamat, nombor telefon, nombor rujukan seseorang kepada orang yang memerlukan bantuan. Biarlah mereka berusaha mendapatkannya setelah ada maklumat yang betul.
Berusaha melalui maklumat lisan atas air liur tiada faedahnya. Sebab itu kalau setinggi langitpun orang yang dikenali itu di mata kita, perlulah ada bukti kukuh bahawa mereka adalah kerabat kita.
No comments:
Post a Comment