Masa di sekolah dulu, bertepuk tampar sesama kawan. Sama-sama belajar dalam kelas. Bila ada peluang berihat kita bersembang dan bersenda. Tetapi bila sudah berpisah membawa haluan hidup masing-masing dan berjumpa semula, perubahan berlaku 180 darjah. Terdetik juga hati ini....Lain dulu, lain sekarang.
Dulu, bebas berbicara berbagai hal. Hati seronok dan tidak merasa sunyi. Pembelajaran pun tidak membosankan. Tetapi bila bertemu kembali, kelihatannya wujud batas keras dan kukuh memisahkan. Terasa terlalu janggal kerana dijanggalkan. Tersentuh juga jiwa ini.....Lain dulu lain sekarang.
Bagaimana wujud sempadan dan kejanggalan ini? Adakah waktu mengubah diri? Atau status kini pengukur segala? Atau kita tak setara darjatnya? Lain rasanya sebab hati ini tidak pernah berubah, masih seperti dulu di mana jua, setiap ketika. Entahlah, mungkin tiada jawapannya.........Lain dulu lain sekarang.
Maka terpaksalah terima hakikatnya. Orang tua-tua dah kata, pada satu ketika, enggang tetap enggang. Pipit kenalah terima. Manakan padan terbang bersama. Inilah keluhan sang pipit, namun tak pernah kesal menjadi spesisnya.
3 comments:
I couldn't agree more. itulah realiti semasa. Kita yang pipit kenalah sedorkan diri.
Bar , awak pun perasan jugak ye ! Saya ingatkan engineer macam awak tak terfikir hal tu semua . Ini bukan masalah , cuma kurang selesa . Biarlah Bar , kita teruskan kehidupan di depan mata sekarang ni .
Ummuaimi , betul tu . Duduk ajelah buat kerja di depan mata . Kalau tersilap cakap nanti orang jeling . (Kita dah tak ada kuasa eksekutif dah )
Post a Comment