Sebaik kumpulan terakhir pelajar melepasi check point Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2010, kami ke Masjid Ubudiah Bukit Chandan untuk menunaikan solat Asar. Itulah masjid terdekat dengan check point kami. Tambahan pula waktu itu jam menunjukkan hampir pukul 5.40 petang.
Saya sempat merakam suasananya selepas solat tersebut. Betapa damainya jiwa buat seketika berada di sini. Ada kuliah agama ketika itu.
Bila keadaan mengizinkan, saya akan ke sini lagi untuk menenangkan jiwa yang kadang-kala rasa kecewa dek resam kehidupan. Benar kata orang "anak bilis, bilis juga; manakan sama si anak jerung". Itulah keluhan si anak bilis......terus menanti agar si jerung tidak berselera memakannya.....
No comments:
Post a Comment