KITA INSAN BIASA YANG ..........
......rugi apabila alpa untuk memandang ke depan dan persekitaran . Kealpaan ini ibarat mencari rotan di hutan belantara yang dipenuhi onar dan duri sedangkan akar berkualiti di depan mata sedia menanti sebagai ganti ,
......malang apabila tidak memanfaatkan sumber berkualiti di depan mata . Keadaan ini ibarat mengejar sesuatu sehingga yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat , Sudahnya diri keletihan kecewa merana .
......gagal apabila tidak menghargai apa yang sedang dimiliki . Kegagalan ini disebabkan menyusukan anak kera di hutan , anak sendiri mati kelaparan . Manakan boleh anak-anak kera itu menjadi zuriat kita ,
Sememangnya kita insan biasa yang serba kekurangan . Namun rugi , bernasib malang dan kegagalan diri lazimnya disebabkan kita kurang bersyukur kerana mengharapkan sesuatu secara kurang munasabah .
Tidak salah menyimpan hasrat tetapi menggunakan kebijaksanaan untuk mencapainya adalah kunci bagi kejayaan dan kebahagiaan diri di dunia dan di akhirat . Yang pipih tak kan datang melayang .........
No comments:
Post a Comment