.....ada gambaran yang hendak dilsampaikan. Ia diperolehi daripada pemerhatian sekeliling yang mencuit hati untuk membariskan ayat demi ayat mewakili fenomena alam dan manusianya.
....ada keluhan yang hendak dizahirkan. Ia dicetuskan oleh fenomena sekeliling yang menyentuh hati dan perasaan sebagai insan berakal supaya dapat dikongsi bersama.
....ada kekecewaan untuk dinyatakan. Ia berlaku ke atas diri sendiri serta persekitaran yang perlu dihadapi bersama dengan harapan dapat difikir dengan matang.
....ada harapan untuk disandarkan dari kepincangan percaturan insan supaya apa yang diurus selaras dengan tanggungjawab sebagai khalifah di Bumi Allah.
Dapatkah ia dianalisis oleh orang yang berkenaan? Itu bukan persoalannya. Yang penting saya telah melaksana tanggungjawab walaupun cara ini adalah setipis-tipis iman.
No comments:
Post a Comment