Tuesday, March 24, 2009

KISAH CINTA TAK KESAMPAIAN

Setiap kali berjumpa wanita ini, sedikit sebanyak ada sahaja terzahir keluhan tentang anak lelakinya yang kehilangan semangat untuk menjalani hidup ini dengan ceria. Anaknya berusia dalam lingkungan tiga puluhan. Bila saya berpeluang mengamati wajah anaknya itu, bagi saya dia ada rupa , cuma kurang ceria dan gaya akibat kehilangan semangat. 

Saya cuba mencungkil cerita di sebaliknya lalu saya memberanikan diri untuk bertanya "Dia ada putus cinta ke? "Dengan pantas wanita itu menjawab "Memang ya" lalu dia menceritakan segalanya kepada saya. Kisahnya bermula dari alam remaja. Dia berkawan dengan seorang gadis berlainan negeri. Oleh kerana pelajaran maju, gadis itu menyambung pelajaran di Australia manakala anak muda ini ke United Kingdom. Mereka berutusan surat semasa berjauhan itu. 

Nasib malang mula melanda apabila mereka berdua pulang ke tanah air setelah tamat pengajian. Ada orang ketiga mempengaruhi gadis itu supaya melupakan anak muda itu atas alasan dia orang bendang, tiada darjat. Anak muda ini tidak putus asa. Dia membawa ibubapanya untuk melamar gadis tersebut tetapi tiada apa-apa keputusan sebab si gadis sudah hilang entah ke mana. Dia cuba mencari tetapi tidak diketemui hingga ke hari ini. 

 Sejak itu kehidupannya mula bertukar corak, dari ceria kepada duka, dari mesra kepada merana hinggalah ke hari ini. Walaupun ada kelulusan dari luar negeri tetapi semangat yang hilang telah menyebabkannya tidak mahu berusaha mencari kerja yang terjamin. Bila disuruh berbuat demikian, dia menyatakan kalau dia bekerjapun untuk siapa. 

Itulah kesan cinta tak kesampaian. Dari cerita tadi, punca utama kegagalan cinta anak muda itu ialah perbezaan darjat. Dia tidak berhati-hati dalam mengemudikan cintanya. Dia mungkin hanya mengikut emosi cinta sendiri tanpa kepastian dari pihak gadis itu. 

Pengajarannya ialah nasihatkan anak-anak kita agar tidak terjebak dalam percintaan antara dua darjat kalau tidak mahu merana macam dia.

4 comments:

kembara kelana said...

CTS tu berlaku dimana mana, tetapi kebolehan kita mengawal emosi yang berbeza beza mah

Citera Alam said...

Sop ,
Untuk mengelakkan daripada merana , biarlah akal mengawal emosi , bukan emosi mengawal akal .

fati said...

Dalam masalah antara dua darjat ni, Nabi s. a.w pun pesan , suruh cari yg sekufu...kadang-kadang yg jadi masalahnya, dah tau tak sekufu, tapi masih nak teruskan jugak hubungan....itu yg jadi merana.

Citera Alam said...

Tie ,
dalam apa-apa hal pun , pelakunya kena analisis dulu line clear atau tidak . Kalau clear , OKlah , jalan . Kalau tak clear , hentikanlah .