Dua sasaran PIN gagal capai objektif Oleh ROHANI IBRAHIM pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Mac - Dua daripada lima sasaran bagi fasa pertama pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) 2004-2008 gagal mencapai objektif yang diharapkan. Kedua-dua sasaran PIN berkenaan: Sasaran keempat - memantapkan institusi keluarga dan komuniti. Sasaran kelima - memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
Presiden Institut Intergriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, sasaran keempat dianggap tidak mencapai objektif berikutan peningkatan kes cerai, dera dan sumbang mahram di seluruh negara sejak kebelakangan ini.
Sementara itu, tambah beliau, bagi sasaran kelima iaitu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat, ia dianggap kurang memuaskan ekoran peningkatan kes jenayah, kemalangan jalan raya dan kes melibatkan alam sekitar seperti tanah runtuh.
.......Utusan Malaysia , Isnin , 16 Mac 2009 ..............
Saya tidak mahu komen apa-apa , tetapi saya menerima fakta itu dengan hati terbuka . Kita ada keluarga , jadi , kita kena jaga keluarga supaya berintegriti kerana keluarga adalah unit kecil warga negara . Kalau baik unit kecil ini , maka baiklah warga negara kita . Integriti adalah tuntutan Islam . Apa yang kita kata kenalah dikota .
No comments:
Post a Comment