Wednesday, March 25, 2009

MESYUARAT AGONG PIBG 2009

Minggu ini adalah minggu yang sibuk di sekolah saya. Ada beberapa majlis atau acara akan berlangsung bermula pada petang ini , esok dan tulat. Lantaran itu pelajar-pelajar dihimpunkan di dataran pada pagi ini untuk taklimat tersebut.
Pelajar mendengar taklimat dan nasihat daripada guru yang bertanggungjawab.
Majlis pertama ialah Mesyuarat Agong PIBG 2009 pada petang ini bermula pada pukul 2.30 di dewan sekolah. Pelajar dan guru dibenarkan pulang pada pukul 1.00 tengahari dan datang semula pada pukul 2.30 petang. 

Rimbunan pohon segar di depan dewan
Saya bertugas sebagai penyambut tetamu di depan dewan. Sambil menunggu guru dan ibubapa tiba serta memenuhi dewan, saya sempat merakam pohon bunga di depan dewan ini sebab saya sukakan kesegarannya, semulajadi ciptaan Tuhan. 
Ini adalah hadirin wanita /ibu yang bilangannya lebih ramai ke mesyuarat ini. 
Ini adalah hadirin lelaki /bapa yang bilangannya kurang berbanding dengan wanita / ibu 

Seorang bapa mencadangkan agar penyata kewangan 2008 PIBG diterima

Selepas pemilihan AJK baru 2009, cenderahati disampaikan oleh Tuan pengetua kepada AJK sesi 2008 yang telah memberi khidmat kepada sekolah.
Mesyuarat Agong PIBG 2009 diakhiri dengan jamuan ringan di kantin sekolah.
Majlis pada hari ini berakhir pada jam 5.40 petang. Saya tiba di rumah pada pukul 5.50 petang. Setiap pagi saya keluar rumah pada pukul 6.50 dan pulang lebih kurang pada pukul 4.00 petang. Tetapi hari ini lewat pulangnya. Sebab itu terasa lebih letih daripada biasa. 

Tiba di rumah kurang rasanya keletihan itu bila terpandangkan wajah anak-anak yang sihat dan ceria sedang menunggu. Itulah kebahagiaan bagi seorang ibu.

2 comments:

kembara kelana said...

aku pun tengah online mah.. selamat merantau di perak...aku pun merantau jugak...di pahang.

Citera Alam said...

Sop ,
aku cuma seronok-seronok nak abadikan event di sekolah . Orang macam aku ni , memang tak ada cerita lain .