Wednesday, March 25, 2009

PETANG MINGGU KE BANDARAYA IPOH

Pada petang minggu, 22 Mac 2009 lalu, saya sekeluarga telah menghantar anak ke Setesen Bas Medan Gopeng Bandaraya Ipoh. Dia menaiki bas ekspress Transnasional Ipoh-Kangar pada pukul 8.00 malam untuk pulang ke kampusnya di UniMAP, Perlis. Oleh kerana tiada bas Kuala Kangsar-Kangar, dia terpaksa menaiki bas Ipoh-Kangar. Kami bertolak dari Kuala Kangsar pada pukul 6.40 petang. 
Lebuhraya sesak dengan kenderaan kerana berakhirnya cuti sekolah selama seminggu. Di Plaza Tol Jelapang, kami tersilap masuk ke lorong tunai kerana kesesakan itu. 

Bila ada peluang dan ruang, kamipun ke lorong Touch N Go 
Susur keluar dari Plaza Tol Jelapang ke arah Setesen Bas Medan Gopeng, Ipoh. Hari semakin gelap. 

Pemandangan matahari terbenam ketika melalui hadapan Kinta City, Ipoh. 
Pemandangan ketika melalui jejantas di hadapan Hospital Pantai Puteri, Ipoh.

Sebenarnya saya suka memandang alam terutama ketika matahari tenggelam dan matahari naik. Bagi saya, waktu itu paling mengingatkan saya tentang masa dan usia. Pada waktu-waktu begitulah saya dapat merasa bahawa tiada kuasa lain yang menentukan ajal maut kita kecuali DiaYang Maha Esa. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

No comments: