Sunday, March 15, 2009

KUALA KANGSAR - TANJUNG KARANG

Semasa saya menyertai rombongan keluarga menghantar anak saudara ke Tanjung Karang pada 13 Mac lalu bagi menyempurnakan majlis perkahwinannya , saya sempat merakam suasana sekitar perjalanan tersebut .Kami mengikuti laluan Kuala Kangsar - Manong - Bota - Seberang Perak - Sabak Bernam - Tanjung Karang .
Anak padi di sawah sedang membesar selepas melewati Seberang Perak

Kelihatan semaian anak orked sekeliling rumah tepi sawah di Sabak Bernam tempat kami singgah untuk solat dan rihat .

Jalanraya di Selangor sentiasa sesak walaupun ada empat lane . Kami berangkat pulang ke Kuala Kangsar selepas majlis selesai pada 14 Mac .

Masjid Sekincan , Selangor Kami singgah di sini untuk solat jamak zohor + asar pada jam 3.50 petang 14 Mac
Pemandangan Sungai Perak di atas jambatan Sultan Yussuf menjelang petang

Pemandangan waktu petang di sawah yang sedang diairi . Pemandangan ini dirakam sejurus sebelum tiba simpang untuk melalui Seberang Perak .
Pokok tumbang ketika dalam laluan Bota-Parit . Ketika itu pukul 6.45 petang .
Ketika melalui Seberang Perak , hujan ribut turun dengan lebatnya . Kami berhenti di tepian sungai berhampiran simpang ke Bota kerana pemandangan terlalu gelap . Belum sempat hujan reda kami berangkat pulang sebab bimbang air sungai naik . Hujan kian reda ketika di laluan Bota-Parit . Kami tersangkut di laluan itu kerana sebatang pokok besar tumbang menghalang jalan . Penduduk kampung bergotong royong membersihkannya dengan bantuan sebuah jentolak . Terima kasih diucapkan kepada penduduk yang terlibat . Jasa anda pasti mendapat ganjarannya . Kami meneruskan perjalanan pulang pada jam 7.00 malam . Langit kelihatan gelap sebab hujan masih turun lagi . Kami tiba di Kuala Kangsar pada jam 8.00 malam . Oleh kerana waktu maghrib telah lama masuknya , kami terpaksa bergegas solat supaya tidak luput waktu . Selepas solat Isyak , saya tertidur dengan lenanya kerana terlalu letih .

No comments: