Hari ini diadakan raptai pertama sukan tahunan pada waktu pagi . Semua guru dan pelajar dikehendaki berada di padang untuk bersama-sama menjayakan raptai ini .
Pergerakan pasukan kawad menanda berlangsungnya raptai ini

P&P hari ini dimulakan pada pukul 12.00 tengahari . Saya terpaksa menghadiri mesyuarat khas tergempar bersama pentadbir di Bilik Gerakan dari pukul 1.30 hingga 2.45 petang . Selepas itu menghadiri taklimat sukan pula di Bilik Mesyuarat dari jam 2.55 hingga 4.10 petang . Minggu ini saya rasa sangat sebok tetapi seronok sebab merasa jiwa ini masih lagi bermaya .
3 comments:
:P
tak sabar nak tunggu hari sukan...
:O
Cikgu Zamrud ,
Rasa sabar ke nak balik jam 7.30 malam pada hari sukan nanti ?
wahhhh..nampak mcm meriah je sukan kat skolah ni nti... best la kan...
Post a Comment