Sunday, March 15, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN

SELAMAT PENGANTIN BARU HISHAMUDDIN & SHIMA
Pada hari Jumaat , 13 Mac 2009 yang lalu , saya sekeluarga telah mengiringi anak saudara , Hishamuddin ke Tanjung Karang , Selangor bagi menyempurnakan majlis perkahwinannya dengan Shima . Kami bertolak dari Kuala Kangsar pada pukul 11.00 pagi dan singgah di Sabak Bernam untuk solat dan rihat . Pada jam 4.00 petang , kami terus ke majlis pernikahannya di Masjid Tanjung Karang .

Pernikahan disempurnakan di Masjid Tanjung Karang diwalikan oleh bapa Shima . Selepas majlis selesai kami ke rumah Shima untuk jamuan kesyukuran .
Rumah Kediaman Tetamu Majlis Daerah Kuala Selangor
Selepas jamuan , kami berihat di rumah yang disewa dari Majlis Daerah Kuala Selangor yang mempunyai empat bilik dan dilengkapi peralatan asas . Pada malam itu saya tidak mengikuti ibu Hishamuddin ke acara berinai di rumah Shima kerana anak saya kurang sihat . Kami tidur di bilik tingkat atas . Esoknya , rombongan kami ke rumah pengantin perempuan bagi upacara persandingan . Saya tidak paparkan segala barang hantaran kedua belah pihak di sini kerana menghormati privacy pengantin dan keluarga .
Persandingan Hishamuddin - Shima Selamat Pengantin Baru . Semoga berkekalan ke anak cucu .
Hidangan di meja pengantin
Saya hanya merakam hidangan depan saya sahaja untuk tatapan pembaca . Selepas jamuan tersebut , saya sekeluarga serta keluarga pengantin lelaki berangkat pulang ke Kuala Kangsar .
Kepada pengantin saya ucapkan selamat berbahagia . Kebahagiaan tidak tercapai secara spontan tetapi perlu dijaga dan dihormati selalu . Yang paling penting , terimalah pasangan kita seadanya sebagaimana kita membuat keputusan untuk sehidup dan semati bersamanya .

No comments: