Saturday, May 18, 2013

TERKEDU, TERKILAN

Sedang saya membelek tajuk akhbar-akbar di sebuah gerai di tepi setesen bas, tiba-tiba terbaca tajuk seorang pendakwah bebas akan bersara dari ceramah agamanya kerana dia sekeluarga diugut bunuh. Serius benar ancaman tersebut. Saya beristighfar. Apakah salah beliau sehingga ke tahap itu ugutannya.

Sepanjang saya mengikuti ceramahnya melalui CD dan menontonnya di TV serta internet, saya mengikuti kandungannya dengan teliti: bernas dan mengajak berfikir serta beramal ke jalan Allah, tiada unsur politik dan hasutan. Dia benar-benar berdakwah, bukan  menghimpun pengaruh.

Saya tidak nampak di mana sisinya yang menyebabkan sebegitu rupa ugutan diterima.Ini bermakna pengugut tidak mahu dia berdakwah. Besar dosanya orang yang menghalang dakwah.Siapakah gerangan pengugut itu? Sepatutnya semakin maju dunia ini semakin terbuka fikiran manusia.......

No comments: