Wednesday, May 8, 2013

LAIN DIJANGKA LAIN MENIMPA

Tiada yang pelik dalam kehidupan ini. Pepatah Melayu ada menggambarkannya dengan ungkapan seperti kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.Berkait dengannya ialah nasihat supaya bersedia menerima segala kemungkinan dan tidak berharap penuh dengan melakukan tindakan seperti kiasan burung terbang dipipiskan lada. Kesannya akan terpalit kepada diri sendiri.

 Di sebalik semua kejadian adalah kuasa Dia, Allah Maha Besar. Dia yang mentakdirkan kita menerima lain daripada yang dijangkakan. Sebagai insan kerdil perlulah menginsafi bahawa takdir itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Tentu ada yang tersirat dalam kejadian yang telah tersurat. Seharusnya kita bersyukur apabila kejadian yang menimpa lebih mendekatkan kita kepadaNya.

Semoga hari-hari mendatang akan dihadapi dengan penuh ketenangan, sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima dan berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa.


No comments: