Thursday, May 9, 2013

TIDAK KONSISTEN

Itulah ciri tidak rasional dalam kehidupan kita. Semasa jadi kawan dengan fahaman yang sama, dia disanjung tinggi; apa yang dibuat semuanya betul belaka walaupun bertentangan dengan sesuatu etika tetapi bila dia bertukar fahaman atas sebab-sebab tertentu, segala yang dibuat menjadi salah walaupun dulunya dikatakan betul.

Itulah peliknya kehidupan masa kini.  Kalau seseorang berbeza fahaman, mereka akan mudah dilabel negatif. Kesalahan kecil diperbesarkan; kalau kurang bernasib baik, bermacam cerita direka serta ditokok tambah sehingga akhirnya menjadi cerita yang tidak logik serta tidak masuk akal.

Namun kesucian agama perlu dijaga ketika melabel seseorang yang tidak sama fahaman ini. Janganlah kerananya kita bertindak bertentangan dengan ajaran agama dengan pelbagai alasan; dikhuatiri pihak ketiga, iaitu syaitan akan membisikkan kesesatan.

No comments: