Alangkah baiknya kalau yang disebar itu merupakan ilmu yang mengajar tentang pelaksanaan dan pemurnian amalan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Tentu besar pahala yang diterima oleh penyebarnya. Selagi ilmu itu diamalkan, selagi itulah ganjaran diterima.
Apa yang menyedihkan ialah kejadian di mana cerita pembohongan dan fitnah untuk membuat satu pihak marah kepada pihak yang lain tersebar dengan cepatnya. Bagi yang berfikiran rasional tidak akan mempercayai bulat-bulat sebarang perkhabaran negatif. Namun bagi yang sebaliknya boleh menjadikan mereka mencaci-cerca dengan berbagai tohmahan dan tindakan negatif terhadap sesuatu pihak.
Pencetus provoksi dan fitnah tersebut sebenarnya mempunyai penyakit jiwa atau hati yang hitam kerana tidak memikirkan akibat yang akan terjadi. Apa yang mereka rasa adalah kepuasan apabila berjaya membuat orang lain menderita. Ini bukan ajaran Islam dan padahnya adalah berat di akhirat nanti.
Eloklah beringat tentang siksaan di akhirat kerana hidup di dunia hanyalah sementara sahaja.
No comments:
Post a Comment