Ada berbagai cara dan sudut berbeza seseorang dipandang kuat oleh orang lain.Ada yang memandang dan mentafsir dari luaran sahaja, dalaman sahaja dan ada yang menilai dari kedua-duanya, luaran dan dalaman. Kesemuanya dipengaruhi juga oleh keadaan persekitaran pada waktu tertentu.
Salah satu sudut yang saya gunakan untuk menilai kekuatan seseorang ialah dari segi pengakuan kesilapan serta permohonan maaf. Bukan senang untuk mengaku silap dan seterusnya memohon maaf. Andai individu mempunyai sikap begini, saya akan tabik dan mempercayai perjuangannya.
Kelebihan orang sedemikian ialah ia memberi ruang dirinya memperbaiki kesilapan dan permohonan maaf pula dapat menjernihkan segala kekeruhan dan kekusutan keadaan yang ditimbulkan dari kesilapan tersebut. Persekitaran yang tergugat dapat dikembalikan kejernihannya.
Sikap begini dapat digunakan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan kerana ia konsisten mengikut penilaian umum. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Kita manusia biasa, tidak sunyi dari kesilapan. Maka yang silap eloklah diperbetulkan dengan hati terbuka.
No comments:
Post a Comment