Islam meletakkan ilmu di kedudukan yang tinggi. Kita dianjurkan supaya sentiasa belajar. Pembelajaran berlaku sebaik sahaja kita dilahirkan sehingga menemui ajal. Ada berbagai jenis ilmu yang boleh dipelajari dan ada berbagai cara pembelajaran berlaku.
Ilmu apa yang patut dipelajari? Ilmu tersebut adalah ilmu yang diredhai Allah yang memberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Apakah petunjuknya? Jika ilmu tersebut mendekatkan kita kepadaNya maka itulah ilmu yang diredhai dan sebaliknya.
Pembelajaran berlaku apabila tingkah-laku berubah kepada lebih baik. Ada berbagai kaedah pembelajaran ketika ini. Yang utama ialah pembelajaran secara formal yang dianjurkan oleh sesuatu pihak yang mempunyai sukatan pelajaran dan tempohnya.
Pembelajaran tidak formal adalah pembelajaran yang mendominasi kehidupan kita. Inilah yang boleh menjelmakan pembelajaran sepanjang hayat. Kesan terbaik adalah yang ada perkaitan langsung antara individu dengan sesuatu unsur ilmu kehidupan.
Contoh pembelajaran terbaik adalah seperti menerima tamparan dari sesuatu pihak yang berupa penghinaan, cacian, kritikan, perlekehan, persendaan, pertuduhan, dipermainkan dan sebagainya. Memang pedih menelan segalanya pada satu ketika.
Sebagai insan berakal, segalanya adalah konten muhasabah diri untuk bangkit dari lembah yang dilontar oleh pihak itu. Ia merupakan kekuatan mental untuk berubah.Sering terjadi hasil pembelajaran menjadikan keadaan adalah terbalik daripada asal.
Itu bukanlah satu masalah selagi diredhai Allah kerana Dia berkuasa ke atas segala kejadian. Satu hal berharga yang kita temui ialah kita dapat mengenali hati budi manusia secara terperinci di celah-celah kepahitan pembelajaran tersebut.
No comments:
Post a Comment