Sunday, June 2, 2013

CUTI SEKOLAH DAN KENDURI-KENDARA


 Tandamata dari tiga majlis perkahwinan
yang saya hadiri di Kuala Kangsar pada 1 Jun 2013
Diucapkan tahniah, didoakan semoga pengantin kekal bahagia hingga ke anak cucu. 

Sudah seminggu anak-anak bercuti sekolah pertengahan tahun 2013. Sudah seminggu juga guru-guru tidak masuk kelas. Walau bagaimanapun, terdapat ramai pelajar serta guru di kelas peperiksaan PMR dan SPM datang ke sekolah mengadakan kelas tambahan sebagai persediaan awal. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga aktiviti murni ini dijadikan ikutan kepada yang lain.

Cuti sekolah adalah sinonim dengan musim kenduri samada kenduri kesyukuran doa selamat, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Suasana pada hari Sabtu dan Ahad kelihatan meriah seakan menyambut perayaan Hariraya Aidilfitri. Anak-anak dan saudara-mara di perantauan pulang untuk bersama meraikan majlis yang diadakan.

Yang jelas, saya seronok menghadiri kenduri-kendara ini kerana dapat bertemu saudara-mara dan sahabat-taulan bertanya khabar. Bukan mudah untuk berjumpa tanpa sebarang majlis. Dalam pada itu saya juga menjenguk persiapan yang mereka lakukan sebab saya juga akan mengadakan majlis serupa dalam beberapa tahun terdekat ini. Persiapan menerima menantu tidak boleh dianggap perkara mudah.

Saya harap akan dapat melaksanakannya dengan cara paling ringkas tetapi meriah serta mengikut syariat. Ameen......

No comments: