Thursday, June 6, 2013

INTELEKKAH KITA...

Intelekkah kita
...andai mengamalkan sikap baling batu sembunyi tangan untuk memberitahu dunia berlakunya perkara yang perlu diambil tindakan? Orang yang tidak pergi sekolahpun boleh berbuat demikian.

Intelekkah kita
...andai sengaja mengamal keadaan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul untuk membetulkan situasi yang sedang berlaku? Robotpun boleh berbuat demikian andai telah diprogram untuk mengesan kesilapan.

Intelekkah kita
...andai asyik melihat kuman di seberang laut dan membiarkan gajah di depan mata tanpa sebarang tindakan yang wajar? Segala sumber akan terbazir kerana tidak dimanfaat secara tepat dan pantas.

Seorang intelek seharusnya berfikiran terbuka, tinggi integriti dan akauntabilitinya serta sentiasa menyedari dan peka tanggungjawabnya sebagai  khalifah di bumi Allah ini kerana segalanya akan dipersoalkan nanti...

No comments: