Sunday, May 24, 2009

KE KELANG

Hujung minggu ini agak sibok bagi saya sekeluarga . Kami terpaksa bergegas ke Kelang untuk menziarahi bapa saudara suami saya yang terlantar koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Kelang . Terdapat darah beku di kepalanya akibat jatuh motosikal di kampungnya di Sabak Bernam . Kami adik beradik berkumpul di hospital itu semalam . Hanya dua orang dibenarkan masuk dalam satu masa . Kami berglilir-gilir memasuki wad itu bermula jam 4.30 petang .
Ini adalah bangunan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Kelang . Susun atur bloknya adalah seperti di Hospital Tuanku Bainun Ipoh tetapi kelebihannya tempat meletak kenderaannya lebih banyak dan luas berbanding di Ipoh .
Bangunan ini adalah Pusat Rawatan Harian HTAR Kelang
Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di hospital ini dan kali kedua berada di Bandar Diraja Selangor ini . Kali pertama adalah dua puluh empat tahun yang lalu . Bandar Diraja ini terlalu sesak dengan kenderaan sebab jalan utamanya berada di tengah bandar di mana terletaknya kompleks membeli belah yang kebanyakannya dimiliki oleh peniaga India .
Kami berada di HTAR itu hingga lewat petang . Olehkerana letih , suami saya mengajak kami bermalam di Sungai Buluh . Matahari hampir terbenam ketika kami menuju ke sana .
Kami bermalam di Apartment Putra , Sungai Buluh dan berkumpul adik-beradik di sini .
Dalam perjalanan pulang kami singgah di R&R Tapah untuk membeli buah-buahan . Saya tertarik dengan landskap di dalam bilik air ini lalu merakamnya untuk kenangan .

1 comment:

Member Hj Md Sirat said...

Semuga bapa saudara suami awak akan sembuh. Kelang amat mengerikan trafficnya Mah! Aku menghadapi Federal Hiway setiap pagi macam tulah dari Shah Alam ke PJ. Sehinggakan agak pelik kalau tak jem! contohnya kalau KL cuti umum tapi Selangor kerja cam biasa.