Hari ini saya ke pekan bersama anak ketiga untuk membeli barang keperluan persekolahannya . Setelah selesai kami ke kedai berdekatan Sungai Perak di hujung pekan yang dipanggil "Lembah" untuk membeli barangan lain . Selepas itu kami meronda tepian Sungai Perak sambil mengingati kembali waktu-waktu lalu di mana anak-anak saya bersantai semasa mereka masih kecil dahulu .

Kami minum cendol dan ais kacang serta makan mee kari di gerai tepi sungai ini

Kami melalui jeti kecil ini . Terdapat sampan dan bot kecil dilabuhkan di sini .

Pemandangan Sungai Perak dari Jeti Besar . Kelihatan di kejauhan sana ialah Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan Bandar Diraja ini dengan perkampungan Sayong . Di tepian inilah anak-anak saya bermain semasa mereka kecil dahulu . Saya dan suami letih mengawasi mereka ketika itu .

Pondok di tepi sungai

Tempat berihat di tepi sungai dengan pemandangan gunung-ganangnya

Di seberang sungai ini adalah taman kanak-kanak tempat anak-anak saya bermain dahulu

Ini adalah titi gantung yang berdekatan Sungai Perak dan menghubungkan Laman Budaya dengan Lembah . Anak-anak saya sangat suka berdiri atas titi ini .

Ini adalah taman berdekatan Sungai Perak tempat bersantai waktu petang dan malam

Bangunan ini terdapat di persimpangan jalan menghala ke Istana Iskandariah Bukit Chandan

Air pancut ini baru siap tahun lepas . Pada hujung minggu ia menjadi tumpuan pengunjung untuk berihat sambil membawa anak-anak bersantai

Ini adalah pondok rihat di tepi air pancut .
Sejak anak-anak sudah besar , saya tidak lagi bersiar-siar ke sini , hanya membuat urusan sahaja . Hari ini hati saya teringin pula menjejaki peristiwa masa lalu sewaktu mereka kecil . Semua peristiwa itu amat manis dalam hidup saya dan sentisa berada dalam kenangan sebagai seorang ibu .
No comments:
Post a Comment