Tuesday, May 19, 2009

HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Semalam kami menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah . Peperiksaan Pertengahan Tahun yang sedang berlangsung ditangguhkan sehari . Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi di dewan sekolah . Aturcaranya ialah nyanyian lagu Negaraku , lagu Perak , ucapan Ketua Pelajar , Ucapan Pengetua dan bacaan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia serta Menteri Pelajaran . Slot ini diakhiri dengan Ikrar Hari Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia . Ini diikuti oleh penyampaian hadiah kepada guru oleh semua pengawas .
Back drop di dewan sekolah
Ketua Pelajar sedang berucap
Lepas perhimpunan , guru-guru menjamu selera di dewan makan asrama sekolah
Selepas itu diadakan sukaneka di dalam dewan di mana guru-guru adalah peserta dan pelajar tingkatan 6 mengendalikannya . Pelajar-pelajar lain berhimpun di dalam dewan itu menyaksikan gelagat guru-guru yang mengambil bahagian . Saya tidak merakam gambar tersebut kerana saya juga telah mengambil bahagian . Kumpulan saya telah memenanginya .
Selepas sukaneka , diadakan konsert pula . Ini adalah pelajar-pelajar kami sedang menyaksikan konsert tersebut yang dipersembahkan oleh pelajar , bekas pelajar dan guru .
Kumpulan Dikir Barat dari Asrama Putera . Mereka adalah johan Dikir Barat Sekolah-sekolah Daerah kami . Mereka mempersembahkan dikir yang dimenanginya .
Hiburan dari seorang guru : Bermain gitar sambil menyanyi
Persembahan yang mengasyikkan dari penghibur yang merupakan bekas pelajar sekolah
Kumpulan Sayembara Puisi yang menjadi johan daerah turut membuat persembahan
Ini adalah guru band sekolah kami sedang meniup alat muziknya dengan lagu "Getaran Jiwa"
Hadiah Hari Guru yang saya terima
Guru tidak pernah mengharapkan hadiah berharga daripada pelajar , cukuplah sekadar ucapan selamat dan hormat . Namun begitu , saya sangat mengharap dan mendoakan agar pelajar berjaya mencapai kecemerlangan dalam kehidupan masing-masing . Itulah hadiah paling berharga buat seorang guru .

3 comments:

Zamrud said...

selamat hari guru.

tentu seronok sambut hari guru kat sekolah kan.saya teringin sangat nak tengok mcm mana 5st2 handle aktiviti di dewan selepas acara ramsi. Di sini kami cuma nyayi lagu guru malaysia.

fati said...

Aktiviti Hari Guru kat sekolah Menengah dan di sekolah rendah ada beza sikit kan. Di sekolah menengah, murid organised kan untuk cikgu , di sekolah rendah, semua cikgu kena urus ( ada pengalaman masa jadi cikgu GSTK kejap, masa belum pindah dulu). Tapi budak-budak kecik ni mmg syahdu...ikhlas sungguh dia orang ni.

Member Hj Md Sirat said...

Selamat Hari Guru Mah! Maaf la lewat wish engkau! Usop ada kata kat aku 'sekolah adalah ladang pahala aku'.