Hari ini bermula Karnival Sains & Teknologi Sekolah-sekolah Daerah . Ini berjaya dimulakan pada hari ini setelah dua kali mesyuarat induk , sekali mesyuarat teknikal , tiga kali perbincangan dengan PPD dan diakhiri dengan taklimat ringkas kepada guru-guru sekolah saya sebagai tuan rumah .
 Pertandingan roket diadakan di padang sekolah . Gambar menunjukkan  bangunan sekolah saya yang dirakam dari padang sekolah .
Pertandingan roket diadakan di padang sekolah . Gambar menunjukkan  bangunan sekolah saya yang dirakam dari padang sekolah .
 Pertandingan EUREKA diadakan di dalam dewan sekolah (sekolah rendah) . Hanya dua buah sekolah telah mengambil bahagian .
Pertandingan EUREKA diadakan di dalam dewan sekolah (sekolah rendah) . Hanya dua buah sekolah telah mengambil bahagian .
 Pasukan  dari SM Teknik yang mempamerkan inovasi filter yang pernah menjadi naib johan dalam inovasi kebangsaan
Pasukan  dari SM Teknik yang mempamerkan inovasi filter yang pernah menjadi naib johan dalam inovasi kebangsaan
Esok adalah hari paling sibok kerana pertandingan penuh dilangsungkan . Saya pun sibok juga membantu perjalanan karnival ini . Apa yang saya banggakan ialah guru-guru sekolah saya telah bekerja dalam semangat sepasukan untuk menjayakan karnival ini  .  Saya harap ini dapat dikekalkan dan diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu semua . Jasa anda amat dihargai .









 
 
No comments:
Post a Comment