Thursday, February 18, 2010

YANG DIKENDONG , YANG DIKEJAR

Perubahan dunia begitu pesat.  Suka atau tidak, kita perlu berubah  selari dengan keperluan semasa. Terdapat perubahan yang meminta kita belajar tentang pembaharuan itu supaya kemahiran jadi mantap.

Bukan semua di antara kita ini yang bebas dari  tanggungjawab. Ada yang memegang tanggungjawab sebagai ketua organisasi seperti ketua keluarga, ketua jabatan, ketua kampung dan sebagainaya.

Namun begitu setiap diri kita memikul tanggungjawab diri terhadap Yang Maha Esa. Apa yang disuruh wajib dilakukan dan apa yang dilarang wajib ditinggalkan.

Tanggungjawab adalah sesuatu yang kita kendong. Ia perlu dijaga supaya tidak tercicir tanpa ada alasan. Kecicirannya menjejaskan kebahagiaan diri sendiri di hari kemudian.

Yang dikejar belum tentu statusnya tetapi digalakkan  berusaha  mencapainya. Kalau yang dikejar menjejaskan apa yang dikendong, buatlah pilihan yang wajar supaya tidak rugi nanti.

No comments: