Anak-anak tidak mahu hidup susah dari hasil usaha tulang empat kerat. Mereka mencari jalan pintas untuk mengejar dunia materialisma yang disogokkan. Dosa pahala ditolak ke tepi.
Orang muda sudah kurang rasa hormat kepada orang tua terutama yang tidak bermaterial. Segala perbuatan dan tindakan yang dilakukan menjadi tidak ikhlas, ibarat ada udang di sebalik batu.
Ilmu dan amal hanya diletak di bawah kaki serta diperlekehkan. Keberkatan hidup bukan lagi menjadi fokus diri. Yang dicari hanya material serta kemewahan di samping keseronokan hidup.
Salah siapa? Semua ini berpunca daripada penyogok-penyogok materialisma yang mementingkan dan mengagungkan kehidupan dunia tanpa mengambil kira keberkatan di akhirat.
No comments:
Post a Comment