KALAUPUN TIDAK SAYANG, JANGANLAH ADA BENCI
Benci ada kaitan dengan tidak suka. Darjah tidak suka bagi benci adalah sangat tinggi. Berbagai perasaan buruk akan terkandung bersama perasaan itu termasuklah dendam. Dendam adalah satu penyakit jiwa yang boleh merosakkan fikiran rasional kita.

Bagaimana benci wujud dalam diri? Hanya orang yang ada perasaan itu sahaja arif tentang jawapannya. Secara amnya ia disebabkan gejala negatif yang lain. Contohnya ialah merasa sangat cemburu atau sakit hati terutama ketika maruah diri dicalarkan.
Walau apa cara sekalipun, ia patut dihindarkan. Jalan terbaik ialah mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa mohon diberi petunjuk dan hidayat supaya diberikan ruang pengalihan perasaan itu. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya.
Memiliki perasaan ini adalah merugikan. Kehadirannya boleh menyebabkan kita tidak nampak lagi keindahan kejadian Tuhan samada sesama manusia atau alam persekitaran. Ia wujud bersama perasaan negatif yang lain. Jadi, kalaupun tidak sayang, janganlah ada benci.
No comments:
Post a Comment