Tuesday, February 23, 2010

KITAR SEMULA

Sebelum ini kita tidak menitikberatkan penyelidikan dan pembangunan. Akibatnya kita terpaksa berbelanja lebih menggunakan kepakaran asing dalam pembangunan. Ini menjadikan kita terkebelakang. Tindakan yang diambil agak terlewat  namun lebih baik daripada tidak bertindak langsung.

Kesan kemajuan semasa, berbagai peralatan bertempoh hayat tertentu dicipta untuk kemudahan manusia tetapi menu untuk dikitar semula tidak disediakan. Kita perlu wujudkan jaringan mengenainya. Inilah masa  terbaik untuk membangunkan bidang ini sebelum terlewat lagi.

Kitar semula boleh diserapkan dalam penyelidikan dan pembangunan negara. Ia juga boleh dijadikan cabang baru dalam pentadbiran. Olehkerana belum ada lagi kursus kejuruteraan kitar semula di universiti dalam negara, ia adalah sesuatu yang patut difikirkan.

Komputer serta peralatan elektrik lainnya yang terbuang kian bertambah samada dari rumah, pejabat atau kilang. Saiznya adalah pelbagai: kecil, sederhana dan besar. Tentu kita tidak sanggup melihatnya tersadai di merata tempat yang mencemarkan alam sekitar.

Pengurusnya perlu ada  pengetahuan dan kemahiran khusus mengenainya  . Bahan kimia tercemar dan logam toksiknya perlu dinutralkan lalu  dihantar kepada pengeluarnya untuk diguna semula . Kita tidak boleh bergantung kepada negara lain sebab masalah merekapun serupa .

No comments: