Dari kecil kita semua mahu hidup sempurna. Kita ingin memiliki harta kekayaan yang banyak, mempunyai pangkat yang tinggi, menginginkan reputasi yang ideal dan segala yang sempurna belaka.
Allah menjadikan hambaNya tidak sempurna. Terdapat orang yang banyak hartanya serta berkedudukan dan berpangkat tinggi, namun tidak bahagia dalam kehidupan berkeluarga.
Terdapat juga orang yang berpangkat tinggi dan bahagia dalam kehidupan berkeluarga tetapi mempunyai masalah sosial dengan masyarakat sekitarnya menyebakan reputasinya jatuh.
Siapakah orang yang sempurna di sisi Allah? Hanya nabi dan rasul sahaja yang telah Allah jadikan lebih sempurna daripada yang lain-lainnya di alam ini. Mereka diturunkan untuk menjadi model .
Kita manusia biasa diperingatkan supaya sentiasa berusaha menuju ke arah kebaikan dan kesempurnaan. Ini pasti boleh tercapai jika kita boleh menerima kekurangan diri untuk diperbaiki.
Selagi ada sifat meletakkan kesalahan dan kesilapan diri di bahu orang lain , kita tidak akan ke mana-mana selain boleh tersesat dalam fantasi diri yang tidak difahami oleh sesiapa .
2 comments:
Ya betul...setiap masa kita kena ingat yang kita hambaNya. Akan kembali kepadaNYa. Jadi, yang utama, kita kena jaga hablumminAllah dan hablumminannas.
Waspadalah sentiasa...jika ada antara kita yang terlalai, sama-samalah peringatkan.
Terima kasih sudi berkongsi . Semoga kita tidak terlalai dgn "dunia" sementara ini .
Post a Comment