Tuesday, November 17, 2009

PEMBELAJARAN

Anak gajah berjalan mengekori ayah dan ibunya . Bila cuba diganggu , ia cepat-cepat  menyelinap ke  bawah tubuh ibu bapanya . Pembelajaran dalam alam haiwan ......

Anak insan  mengikut gaya dan cara hidup kedua ibubapanya . Kalau harmoni , ia dapat mengikut sepenuhnya apa yang ditunjuk . Pembelajaran dalam alam insan ........

Anak buah menurut apa yang dibimbing oleh bosnya . Kalau bimbingan adalah profesional dan ikhlas , organisasi itu boleh cemerlang . Pembelajaran dalam organisasi .......

Pembelajaran akan berlaku kalau ada yang mengajar dan ada yang sedia belajar . Namun keberkesanannya sangat bergantung kepada persekitaran .

Keprofesionalan , "humble " , keikhlasan dari pembimbing adalah kunci  kecemerlangan   bagi yang dibimbing serta organisasi . Tanggungjawab .......

2 comments:

bong said...

Dahulu cara belajar murid mencari guru. Sekarang guru mencari murid. Dahulu murid bawa buku. Sekarang hanya guru yang bawa buku. Itu pun masih murid yang malas lagi.

Citera Alam said...

Hanya yg insaf sahaja akan berjaya . Kalau sekarang tak insaf , mereka tak boleh salahkan sesiapa nanti .