Pada 24 November lalu , kami sekeluarga pulang ke kampung ibu saya di Johor selama enam hari . Perjalanan yang jauh memang meletihkan . Saya sempat merakam persinggahan perjalanan tersebut .
Kami melintasi Bandaraya Ipoh pada jam 10.00 pagi
Singgah di R&R Air Keroh Melaka untuk solat jamak dan menjamu selera
Berihat di R&R Macap , Johor menjelang senja
Semasa di Johor , kami ke Carrefour , Batu Pahat
Bangunan membeli-belah di sebelah Carrefour Batu Pahat yang baru dibuka
Sekeluarga menjamu selera di KFC di dalam Carrefour
Kami menyambut hariraya Aidiladha bersama ibu saya . Kebetulan anak-anak di IPTA sedang bercuti semester . Namun , dalam perjalanan pulang , anak sulung saya terpaksa ditinggalkan di Kelana Jaya untuk menjalani Latihan Industri selama enam bulan .
No comments:
Post a Comment