Sejenak di sini merehatkan fikiran
Jadual cuti yang padat ......hilang rasa percutian
Hari ini bermulalah cuti persekolahan semester dua selama tujuh minggu . Namun tempoh itu bukanlah cuti sebenarnya bagi guru kerana sebahagiannya diguna untuk bertugas , bermesyuarat , pendaftaran , urusan kurikulum dan sebagainya .
Hari ini saya ke kolam renang perbandaran menemankan anak bongsu bermain air . Fikiran ini terasa padat kerana banyak agenda sedang menanti . Saya mulakan percutian dengan persantaian ini .
Saya tiada mood untuk bermain air kerana cuaca mendung . Baju renang telahpun diwakafkan kepada anak dara saya kerana dia menyertai kelab renang institut perguruannya . Dulunya saya bercadang hendak belajar renang tetapi dibatalkan kerana tidak tahan dengan air sejuk .
Apa yang saya buat di sini hanyalah termenung di tepi kolam sambil memerhatikan persekirannya . Pengunjung hari ini tidak ramai kerana cuaca mendung . Fikiran terasa lebih rileks setelah menjalani terapi ini . Saya ke sini hanya apabila si bongsu merengek memintanya sahaja .
No comments:
Post a Comment