Sunday, November 29, 2009

TERIMA KASIH DARUL TAKZIM

Menyusuri bumimu nan permai , Darul Takzim
subur segar menghijau disinar suria
menjejak langkah masa silamku , seorang insan kerdil
merungkai kisah suka duka lara nestapa
berdiri di memori  meski saat silih berganti .

Melangkah kaki di bumimu nan damai , Darul Takzim
aman makmur sejahtera sentosa
menyaksi sekeping hati terguris dek resam dunia
menatap  jiwa hampa merana dek resam manusia
harapan tak kesampaian impian tak terlaksanakan
catatan ingatan tak pudar ditelan zaman .

Terima kasih  buatmu Darul Takzim
meski tiada ruang buatku bertapak
meski tiada dahan buatku berpaut
pahit getir hadiahmu adalah ubat mujarab 
       menawar kesakitan  meniti ranjau beronak duri
mengiringi langkahan kakiku di Bumi Illahi.

Kutinggalkan bumimu , Darul Takzim
catatan lalu di lembaran sejarah
entah bila kususuri  lagi 
meskipun rindu berlagu syahdu
biarlah memori ini bagaikan mimpi 
kerana........aku tak mahu menangis lagi .

Pontian - Kuala Kangsar
29 November 2009

3 comments:

bong said...

Mah, lama tak komen. Aku baca tulisan kau ni macam tanah kubur kau bukan di Darul Ridzuan je.. minta maaf klu tersinggung.

Citera Alam said...

Kubur tu aku tak kisah kat mana2 pun sebab bumi Tuhan ini utk kita semua .
Tapi nampak gaya aku sudah tak ada ruang di bumi kelahiran sendiri .

bong said...

Kata org tua2 di mana kubur kita di situlah tanah kejadian kita. Apa pun tak kisah lah itu semua yang maha kuasa, Allah swt