Friday, November 13, 2009

GURU KERDIL DI MEJA YANG KECIL


Penjuru Kanan
Penjuru Kiri
 
Di  Tengah
Setelah lebih dua puluh empat tahun mendidik putera-puteri watan , inilah meja saya , seorang guru kerdil di  sebuah meja  kecil . Namun saya tetap menghargainya  .

Di sinilah saya merancang pengajaran dan pembelajaran harian , mingguan dan tahunan . Di sinilah saya menyediakan soalan latihan , ujian dan peperiksaan .Di sinilah juga saya fikirkan  tentang kecemerlangan memanusiakan manusia . Pelajar datang dan pergi tetapi saya masih tetap di sini .

Biarpun pelajar akhirnya berjaya , dapat  memiliki meja yang lebih besar , bilik yang lebih selesa atau bangunan yang menawan , namun saya masih di sini meniti usia melaksanakan  amanah . 

Sebenarnya tak siapa pernah peduli tentang guru kerdil di meja kecil kerana statusnya sengaja diletakkan di situ untuk memanusiakan manusia ........

4 comments:

bong said...

Mah, meja kecil takpa, tapi orangnya besar. Besar segala2nya. Satu kerjaya yg mulia untuk saham akhirat. Ilmu yang ditinggalkan dimanafaatkan, satu dari 3 perkara yg perlu ditinggalkan.

Nieza said...

Bergenang air mata...sebenarnya itulah guru. Guru tidak berganjak, berdiri dan duduk di tempat yang sama walaupun anak-anak murid telah
maju...dunia amat cepat berubah.

Tapi guru, masih tegak berdiri di dalam kelas...seolah-olah tidak berubah...tapi sebenarnya guru banyak mengubah manusia. TAHNIAH dan terima kasih.

kembara kelana said...

mah
kau seorang guru yang baik...baik tak ada kecil besar mah....

Citera Alam said...

Bong , LabaMaju , Sop ,
Kenaikan level guru macam naik tangga berbanding pegawai di jabatan lain macam naik lif atau lompat pagar . Naik tangga memang penat exercise tapi dapat menyihatkan badan dan fikiran , maka amat perlu diteruskan . Naik lif memang tak penat tapi berisiko tinggi mental dan fizikal .