Saturday, February 28, 2009

TUN FATIMAH

Buku ‘Tun Fatimah’ karangan Harun Aminurrashid, ada menyebutkan bahawa Tun Fatimah bukan sahaja terkenal kerana kecantikannya, tetapi juga sifat-sifat kepahlawanannya yang melibatkan dirinya di dalam pencak silat dan sebagainya.

Mengikut buku tersebut, Tun Fatimah pernah keluar istana bagi menentang soldadu-soldadu Portugis, pengiring Diego de Lopez, yang membuat kacau di pasar. Kekuatan Tun Fatimah dan rakan-rakannya telah menyebabkan soldadu-soldadu Portugis tersebut lari bertempiaran dan terus ke kapal.

 Tun Fatimah adalah salah seorang tokoh wanita yang secara tidak langsung telah memberi sumbangan kepada kesetabilan empayar Melaka. Wanita-wanita yang lain yang bersama-sama Tun Fatimah ialah Puteri Rakna Kemala, Puteri Pasai (isteri Parameswara), Tun Kudu (isteri Sultan Muzaffar Shah), Raden Galoh Chendera Kirana (Puteri Majapahit), Tun Teja, dan Hang Li Poh. Di dalam ‘Sejarah Melayu’ ada mencatatkan ada menggambarkan tentang Tun Fatimah: “Maka tersebutlah perkataan peri baik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah, terlalu sekali eloknya, tiada tercela lagi, sedap manis pantas bagus, saperti laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca. Tambahan anak Bendahara pula barang lakunya dan barang pakaian larangan semua dipakainya, makin bertambah baik parasnya.” PETIKAN : http://www.melakahariini.com.my/

CLEOPATRA

Wajah Cleopatra yang dianalisis berdasarkan lakaran-lakaran daripada artifak purba termasuk yang ditemui ketika Cleopatra memerintah kira-kira 2,000 tahun lalu.
Cleoptara dilahirkan di Alexandra pada 69 Sebelum Masihi dalam sebuah dinasti Macedonia Greek yang memerintah Mesir selama tiga abad. Dia berkuasa di Mesir ketika berumur 17 tahun. Tiga tahun selepas berkuasa, dia menggoda pemerintah Rom, Julius Caesar dengan menyebabkan lahirnya seorang anak, Caesarion.
Selepas Caesar dibunuh, Cleopatra memikat Antony sebelum membunuh diri berikutan kematiannya.Menurut legenda, Cleopatra meletakkan seekor ular kecil yang berbisa di payu daranya menyebabkan dia meninggal dunia.
PETIKAN :
http://www.darulbayan.com/

Rohingya dan ASEAN

"Jumlah pelarian Rohingya di Malaysia semakin meningkat. Ketika ini dianggarkan lebih 14,000 etnik Rohingya berada di Malaysia. Bagaimanapun angka itu mungkin lebih tinggi. Malah kini ia mula membanjiri negara jiran, Indonesia." "Myanmar perlu disedarkan segera. Rohingya adalah masalah mereka. Tetapi sejak sekian lama, negara lain terpaksa memikul beban tersebut. Yangon perlu menyelesaikan punca permasalahan membabitkan etnik Rohingya tersebut." - Utusan Malaysia , Sabtu 8 Februari , 2009 -

Kenapa agaknya kerajaan tersebut tidak melayan kaum tersebut dengan baik ? Nampaknya pihak pemerintah tiada perasaan bahawa "Rakyat kita tanggungjawab kita " Ini bolehlah dikaitkan dengan "kurang bertanggungjawab ". Biasanya orang yang kurang bertanggungjawab adalah orang yang kurang maruah diri sebab dia tidak malu anak-anak buahnya bertaburan dengan nasib yang tidak menentu , dia tidak kisah apa yang terjadi kepada mereka . Semoga rakyat di negara ini tidak menerima nasib yang sama .

Friday, February 27, 2009

SEPETANG BERSAMA PELAJAR

Pada hari Jumaat, 27 Februari 2009, saya telah hadir di kawasan sekolah pada jam 3.15 petang untuk melaksanakan tugas. Apabila tiba, saya terus memeriksa 17 buah buku rekod persediaan mengajar anak buah saya. Seperti biasa, kalau perlu, saya akan catat komen dalam buku mereka .
Selepas itu saya menanda buku nota dan latihan pelajar tingkatan 5 yang terletak atas meja ini. Saya mengutip buku-buku tersebut dua hari lepas sebaik sahaja tajuk pertama selesai. Lepas ini saya perlu catat dalam rekod Program WAJA Negeri Perak sebagai persediaan jika dipantau. 
Semasa menyemak buku pelajar, saya terdengar bunyi lagu-lagu band berkumandang di tingkat atas. Pasukan band sekolah sedang berlatih bermain peralatan band. Selepas siap menyemak, saya naik ke tingkat atas untuk melihat mereka berlatih. Mulanya mereka malu-malu bila saya tiba, tapi saya minta mereka teruskan latihan. 
Mereka giat berlatih terutama untuk persediaan hari sukan nanti. 
Jam 4.30 petang saya melangkah pulang tetapi singgah sebentar di kelas 2C4. Guru kelas dengan empat orang pelajar bergotong royong mengecat dinding kelas yang sudah lusuh. Guru kelas memaklumkan kepada saya kerja begitu tidak boleh dibuat beramai-ramai sebab boleh menimbulkan lebih banyak masalah. Selepas itu saya pulang untuk berihat. Esok dan lusa adalah cuti hujung minggu. Saya rasa sangat lapang fikiran apabila tiba hujung minggu.

UNIKNYA TANA TORAJA , SULAWESI

Gambar menunjukkan perkuburan di tebing batu tinggi di mana jasad disemadikan. 
Saya tertarik menonton Misteri Nusantara tentang budaya sebuah kematian di Tana Toraja, Sulawesi. Jasad akan diawet beberapa tahun sebelum disemadikan di perkuburannya. Semasa jasad hendak dibawa ke tempat persemadian, pesta kematian diadakan. 

Selalunya kematian diratapi oleh kaum keluarga tetapi budaya di sana mengadakan pesta yang sebaliknya. Perbelanjaan yang ditanggung oleh keluarga adalah besar. Apa yang uniknya ialah tebing batu tinggi akan dipahat untuk disemadikan jasad tersebut. Semakin tinggi tebing dipahat, semakin tinggi kedudukan si mati. Untuk memahat ruang di tebing batu tinggi itu, tangga telah di perbuat daripada banyak batang buluh yang diikat dengan kuat. Tangga itu juga digunakan untuk membawa jasad si mati ke ruang persemadiannya. 

Orang-orang yang membawa jasad ke ruang batu yang dipahat itu adalah di kalangan yang terpilih sahaja. Sebaik sahaja jasad diletakkan di tempat tersebut, pembawa jasad akan turun ke bawah. Selepas itu tangga buluh tadi akan dijatuhkan. Mengikut kepercayaan mereka, semakin sukar membawa jasad ke tebing tinggi itu , semakin tinggi prestij si mati. 

Tana Toraja tidak menerima pendakwah Islam sebelum ini, sebaliknya didatangi oleh pendakwah kristian yang dibawa oleh Belanda. Namun begitu , pada masa ini sudah ada anak buminya yang memeluk Islam. Bagi jasad beragama Islam, mereka akan dikebumikan di tanah biasa di bawah tebing tinggi itu.

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Perhimpunan mingguan di Dataran Clifford kali ini diadakan bacaan yaasin yang kekerapannya adalah dua kali sebulan . Bacaan yaasin hari ini diketuai oleh pembantu makmal . Dia mahir dalam bacaan al Qur'an dan menjadi rujukan pelajar yang memasuki musabaqah al Quran mewakili sekolah .
Pelajar bersedia dengan buku surah yaasin di tangan masing-masing .
Di dalam kumpulan pelajar 2RK1 pagi ini terdapat empat orang pelajar SMK Anderson , Ipoh . (bertali leher hitam putih) Mereka telah berada di sekolah ini dan tinggal di asrama sejak seminggu lalu dalam Program Pertukaran Pelajar Kelas RK Negeri Perak . Hari ini hari terakhir mereka di sini .
Selepas tamat bacaan yaasin , diadakan majlis ringkas perpisahan pelajar SMK Anderson , Ipoh . Wakil pelajar tersebut berucap dalam ucapan selamat tinggal . Selepas itu mereka di bawa ke SMK Abu Bakar Al Baqir bagi acara perasmian penutup Program Pertukaran Pelajar Kelas RK Negeri Perak . (Pelajar RK sekolah kami pula di SMK King Edward , Taiping)
Selepas ucapan pelajar RK SMK Anderson , diadakan pula penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara MSS Perak yang telah mewakili sekolah . Penyampaian hadiah juga adalah kepada pelari-pelari 4X100 m B15 dan B18 yang kedua-duanya telah menjadi johan dalam acara sukan tahunan di SMK Sayong , Kuala Kangsar . Penyampaian hadiah dilakukan oleh Tuan Pengetua .
Ini adalah kumpulan pelajar tingkatan enam atas yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari pelbagai kaum .
Setelah perhimpunan selesai , semua guru bersurai tetapi semua pelajar diminta berada di Dataran Clifford . Guru Disiplin memanggil nama sekumpulan pelajar . Mereka ini dikehendaki menjalani ujian air kencing yang diadakan secara berkala oleh pegawai ADK daripada Pejabat Pelajaran Daerah . Menjelang tengahari , saya mendapat laporan bahawa kesemua pelajar yang telah diuji itu adalah bebas dari pengaruh dadah dan alkohol .

Thursday, February 26, 2009

SUKAN SEKOLAH RENDAH

Saya berpeluang menyaksikan sukan tahunan sekolah anak bongsu saya hari ini . Olehkerana saya pulang ke rumah seperti biasa , saya ke sekolah tersebut agak lewat bersama anak ketiga dan keempat . Semasa tiba , perjalanan sukan telah tiba waktu rihatnya . Saya dapat menyaksikan persembahan aerobik di mana anak bongsu saya turut menyertainya .
Persembahan Aerobik diiringi lagu Semerah Padi
Pelajar yang mengambil bahagian adalah daripada keempat-empat rumah sukan . Anak saya dalam rumah hijau .
Persembahan aerobik seterusnya ialah tarian poco-poco diiringi lagu poco-poco.
Berbagai gaya anak-anak ini menari dalam senaman aerobik ini . Tersenyum-senyum kami dibuatnya .
Dari awal hingga akhir tarian aerobik , mereka kelihatan bertenaga . Saya pula rasa keletihan sebab belum mendapat rihat yang cukup pada hari ini . Peserta jemputan 4 X 100 meter (lelaki) sedang menunggu masa untuk memulakan acara .
Penyampaian hadiah oleh Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar

Perhimpunan bagi acara penutup . Anak saya akan bercuti esok (cuti peristiwa)

HORMATI MAJLIS

Semasa kita bersekolah dulu, cikgu ajar kita supaya hormati majlis yang dihadiri. Kalau penceramah sedang berceramah, sebaiknya kita diam dan mendengar bicaranya. Ketika diberi peluang bercakap, bercakaplah selepas itu samada untuk bertanya soalan atau respon atau memberi pendapat terhadap ceramahnya. 

Kalau juruacara majlis sedang menutup majlis, sebaiknya dengar penutupannya dahulu sebelum beredar supaya majlis tidak kelihatan huru-hara. Dalam penutupan itu , mungkin dia ada sesuatu pesanan untuk disampaikan atau ada jemputan ke jamuan selepas majlis itu. Pada suatu majlis yang saya hadiri baru-baru ini, belum sempat juruacara menutup majlis sesuatu slot dan menjemput hadirin menjamu selera, hadirin telah bangun beramai-ramai dan bergerak pantas ke arah hidangan makan waktu rehat dan makan tengahari yang telah disediakan di tepi dewan secara buffet. 

Saya terkedu, terkejut, terpegun, kesal..... saya tidak faham kenapa jadi begitu. Pelakunya adalah orang dewasa yang berpelajaran tinggi, berkedudukan tinggi dan kedudukan mereka ramai yang lebih tinggi daripada saya. Apa yang dikejar? Adakah kerana merebut makanan itu? Atau ada hal lain? Kelakuan inikah yang hendak ditunjukkan kepada anak-anak? Atau bagaimana? 

Di sekolah, pelajaran sahsiah untuk pelajar sungguh ideal, tetapi di luar sekolah keadaan amat jauh berbeza . Keadaan ini diwujudkan sendiri oleh orang dewasa yang double standard. Pening kepala budak-budak tu. Jadi, saya faham sekarang, faktor masalah sahsiah anak-anak adalah daripada orang dewasa sendiri, walaupun individu dewasa itu berpelajaran tinggi dan berkedudukan tinggi dalam sesuatu organisasi.

Wednesday, February 25, 2009

AKTIVITI BIDANG SAINS (KEDUA)

Hari ini anak-anak didik saya melaksanakan aktiviti kelab dan persatuan lagi . Aktiviti diadakan pada pukul 7.40 - 9.00 pagi di lokasi yang berbeza . Sambil memantau , saya sempat merakam aktiviti mereka .

Persatuan Matematik melayari internet di Bilik Komputer . Mereka mencari bahan dan tokoh Matematik untuk dimuatkan pada papan kenyataan (Sudut Matematik) 
Ahli-ahli PROSTAR hari ini didedahkan komponen khemah dan cara untuk memasangnya . Aktiviti dilakukan di Dewan Hamdan . 
Persatuan Robotik kali ini melukis rajah robot idaman mereka bagi menjalankan sesuatu fungsi . Mereka melukis di Kelas 2RK1. 
Persatuan Sains pula menyambung aktiviti yang lalu iaitu memulih mural di dinding Makmal Biologi , Makmal Fizik dan Makmal Kimia . 
Persatuan Siber kali ini menonton LCD cara membina website . Tayangan dan perbincangan kali ini diadakan di Makmal Sains 3 . 
Ini adalah pemandangan dari blok A yang sempat saya rakam . Kelihatan pelajar-pelajar persatuan bidang lain menjalankan aktiviti di Dataran Clifford . Dua Bangunan di seberang jalan yang atapnya berwarna merah adalah bangunan warisan bagi Bandar Diraja ini . Ia terletak di padang Clifford . 
Itulah aktiviti anak-anak didik saya pada kali ini . Saya selalu mendoakan mereka berjaya dalam segala bidang dan menjadi warga yang berguna kepada negara .

Sunday, February 22, 2009

PENGURUSAN TINGKATAN 6

SEMINAR PENJENAMAAN SEMULA PENGURUSAN TINGKATAN 6 NEGERI PERAK 2009

Seminar tersebut telah diadakan di Dewan SMK Sultan Yusof Batu Gajah , Perak , pada hari Sabtu , 21 Februari 2009, jam 8.00 pagi - 2.00 petang .Kira-kira 600 orang guru ting 6 dari seluruh Negeri Perak telah menghadirinya . Terdapat pembentangan kertas kerja serta taklimat mengenai pengurusan tingkatan 6 . Penguatkuasaannya bermula daripada 1.1.2008 manakala perlaksanaan sepenuhnya ialah pada tahun 2011 . Di antara pendedahannya ialah 1.Kertas Kerja "Penjenamaan Semula Dan Konsep Baru Pengurusan Tingkatan 6 " oleh Dr Ros Amnah bt Abd Raof Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Taklimat "Jadual Waktu Dan Aktiviti Tingkatan 6" oleh Tuan Haji Salim Suhaimi Penolong Kanan Pentadbiran SMK Clifford Kuala Kangsar Perak 3.Kertas Kerja"Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian Tingkatan 6" oleh Wakil Majlis Peperiksaan Malaysia En Adnan b Yaacob KetuaPenolong Pengarah Sektor Penilaian Dan Peperiksaan , Jabatan Pelajaran Perak 4.Kertas Kerja "Perjawatan Guru Tingkatan 6" oleh En Azmi b Dahali Ketua Penolong Pengarah (Naik Pangkat) , Jabatan Pelajaran Perak . Segala perubahan yang dirancang adalah dalam proses perlaksanaan . Terlalu banyak kekangannya kerana guru-guru tingkatan 6 terikat dengan tugas biasa di sekolah yang berkaitan dengan pelajar dan pengajaran tingkatan 1 - tingkatan 5 . Secara teori pengasingan akan dilaksanakan di mana sistem pembelajaran dan pengurusan tingkatan 6 serupa dengan di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia . Daripada kertas kerja yang dibentangkan , hal perjawatan paling mendapat perhatian guru-guru tingkatan 6 di mana banyak soalan diajukan dalam sesi soal jawab . Bagi saya ini adalah hal biasa dalam mana-mana organisasi sebab kenaikan pangkat adalah sesuaru yang ditunggu-tunggu oleh semua orang . Selaras dengan kenaikan pangkat , tugas guru tingkatan 6 adalah bertambah . Waktu kerja adalah 8.00 pagi hingga 4.00 petang . Selain daripada terlibat secara langsung dengan kuliah dan tutorial , guru-guru wajib mengadakan penyelidikan sendiri serta melaksakan kolokium di kalangan pelajar di samping terlibat dengan khidmat masyarakat dan tugasan ko-kurikulum . Dalam banyak hal , satu perkara paling seronok yang saya perolehi untuk diri saya sendiri ialah saya boleh melepaskan jawatan yang saya pegang sekarang supaya boleh diisi oleh orang lain yang berada dalam kategori jawatan itu . Perkara kedua ialah saya masih boleh menikmati "time base" seperti biasa bila masanya telah tiba . Jadi , tiada apa-apa kerugian bila mengajar di tingkatan 6 .

Monday, February 16, 2009

Penyakit Mental

"Mengikut definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , mental yang sihat merangkumi keupayaan individu berfikir dan bertindak positif, bergaul secara sihat dan mampu mengendali masalah dan tekanan kehidupan seharian dengan berkesan ". -Pengarah Kesihatan negeri Kedah, Datuk Dr Hasnah Ismail , Berita Harian (Utara)16 Februari 2009- Dari definisi di atas , jika individu tiada keupayaan berfikir dan bertindak positif, tidak bergaul secara sihat dan tidak mampu mengendali masalah dan tekanan kehidupan seharian dengan berkesan maka dia tidak mempunyai mental yang sihat atau dia ada penyakit mental . Fikir-fikir dan renung-renungkanlah ...... Jangan buat perkara yang bukan-bukan kalau tidak mahu mendapat label itu .

Sunday, February 15, 2009

Fakta Kesihatan

Talasemia
Mengikut artikel dari http://www.geocities.com/hamba66/HPA/talasemia.html  Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.  

Gejala talesemia minor Mangsa tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Bagaimanapun mereka boleh menjadi pembawa talasemia kepada anak yang dikandung sekiranya pasangan mereka ialah pembawa talasemia (talasemia minor) HIV DAN PESAKIT AIDS Mengikut artikel dari http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/apakah_hiv.htm  

APAKAH HIV? (Human Immunodeficiency Virus) HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS. * Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.
 
APAKAH AIDS? (Acquired Immune Deficiency Syndrome) AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti? HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja: 
1.melalui perhubungan seks tidak selamat  
2.melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari. 
3.melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

Berdasarkan catatan itu, penyakit ini boleh menggugat perjalanan hidup berkeluarga dalam masyarakat. Usaha perlu dilakukan supaya individu faham tentang fakta ini dan tidak mengambil risiko dalam kehidupan masa depan. Sesuatu yang berlaku memanglah kehendak Allah tetapi sebagai manusia kita diperlukan berusaha mengubah nasib sendiri. 

Pada pendapat saya ujian talasemia sebelum perkahwinan selain ujian HIV perlu dilakukan supaya pasangan tahu fakta kesihatan yang sedang dibawa dalam diri. Kalau kedua-dua pihak ada talasemia samada sebagai pesakit atau pembawa, anak yang bakal dimiliki kelak jika mereka berkahwin kemungkinan besar akan mempunyai penyakit itu. 

Begitu juga kalau pasangan itu ada HIV, ia boleh dijangkiti dalam perkahwinan. Bila sudah tahu fakta ini, pasangan boleh membuat keputusan samada hendak meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Jika perkahwinan hendak diteruskan demi cinta yang tidak dapat dipisahkan, langkah-langkah keselamatan perlu diambil dengan lebih awal. Mereka perlu banyak belajar hal yang berkaitan dengan status kesihatan diri daripada pakar kesihatan. Mereka tidak boleh sambil lewa dan menyalahkan antara satu sama lain di kemudian hari. 

Perkahwinan bukanlah medan untuk berkelahi bila ada hal tidak beres , sebaliknya bermuafakat supaya penyelesaian terbaik dapat diambil. Meskikah percintaan berakhir dengan perkahwinan? 

Kalau perkahwinan kelak akan mempunyai banyak masalah kesihatan atau risiko kesihatan yang melebihi kebahagiaan yang bakal dikecapi, masihkah perkahwinan itu perlu diteruskan? Tepuklah dada, tanyalah selera. 

Orang lain tidak boleh membuat keputusannya. Sebuah percintaan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta yang sejati akan menyebabkan seseorang berusaha supaya pasangannya berbahagia walaupun tidak hidup bersama.

Respons Golongan Intelek

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat maksud intelek "(intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek." maksud golongan (kaum) intelek "golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;" maksud respons "(réspons) sambutan, reaksi, jawaban: tentu sekali kami mengharapkan ~ drpd pembaca.

Dari maksud-maksud di atas, respons golongan intelek boleh dimaknakan sebagai reaksi atau jawapan dari kaum cerdik pandai iaitu golongan yang mempunyai daya berfikir yang tinggi terhadap sesuatu isu samada isu kecil atau besar. 

Siapakah glongan intelek itu? Pada pendapat saya mereka ialah orang-orang yang mahir dan berpengalaman luas di dalam bidang masing-masing di mana telah memegang jawatan-jawatan tinggi dalam masa yang lama. Selain daripada itu ialah mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi samada daripada pendidikan formal atau tidak formal seperti pemegang-pemegang ijazah PhD. 

Saya berminat untuk membicarakan tajuk ini sebab amat berharap golongan ini dapat memberi pandangan pantas yang konsisten terhadap sesuatu isu negara. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap negara sendiri tanpa dipaksa-paksa. Berdasarkan pandangan itu tindakan yang sesuai boleh diambil supaya isu dapat diselesai dengan kadar segera. 

Dalam memberikan pandangan, biarlah benar-benar bersifat professional dan tidak memihak kepada golongan tertentu. Orang bijak pandai ini mesti memikirkan idea mereka sesuai untuk semua golongan warga negara. Kalau tidak, tidak payahlah memberikan pandangan sebab ia akan memanaskan isu yang timbul sedang jalan penyelesaiannya kabur. Sehubungan pandangan ahli professional ini, ahli politik perlu melaksanakan langkah menyelesai masalah sebaik mungkin tanpa memihak kepada sesiapa. 

Kalau ahli politik hendak berpolitik semasa perlaksanaan penyelesaian masalah, lebih baik berhenti jadi ahli politik, sebaliknya jadilah orang "teori politik". Ahli politik yang baik ialah orang yang dapat menggunakan kuasa yang ada padanya sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat. 

Banyak isu-isu negara masih belum ditangani dengan memuaskan seperti masalah pendatang haram, kebanjiran rakyat asing, isu alam sekitar, akta-akta penguatkuasaan undang-undang, isu rasuah dan lain-lainnya. Kerjasama erat amat diperlukan antara golongan intelek dengan orang politik untuk menjadikan negara ini terbaik dalam kemajuan fizikal dan sahsiah rakyatnya.

Saturday, February 14, 2009

Kursus Ketua-Ketua Persatuan Dan Permainan

Hari ini kami bersekolah menggantikan cuti yang telah diambil pada Perayaan Tahun Baru Cina yang lalu . Kahadiran pelajar ke sekolah hari ini tidak memuaskan . Saya terlibat dengan kelas 5 Sains 2 tetapi yang hadir hanya 8 orang sahaja daripada 15 semuanya . Pada hari ini juga diadakan Kursus Sehari Ketua-ketua Persatuan dan Permainan di Bilik Mesyuarat dari pukul 7.40 pagi hingga 1.00 tengahari . Pelajar yang wajib hadir ialah Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari semua persatuan dan permainan . Lebihkurang 120 orang mengikuti kursus ini dan melibatkan 10 orang guru membantu mengendalikannya . Makanan waktu rehat disediakan kepada mereka .

Pelajar mendaftar diri di dalam Bilik Mesyuarat .
Selepas daftar , mereka mengambil tempat masing-masing . Bersedia mengikuti ceramah kepimpinan.
Slot pertama "Ciri-ciri Seorang Pemimpin " disampaikan oleh Kaunselor .
Sambil berceramah , kaunselor melibatkan pelajar dalam lakonan.
Setiausaha Kokurikulum menerangkan pengurusan persatuan manakala PK Kokurikulum menyampaikan penerangan tentang penubuhan dan mengendalikan mesyuarat persatuan . Semasa memantau perjalanan kursus , saya dapati pelajar memberi kerjasama dengan mengikuti sepenuhnya taklimat dan penerangan tanpa membuat bising . Mereka adalah anggota tertinggi persatuan dan kebanyakan mereka adalah dari kelas elit dan pelajar-pelajar yang dipercayai serta bertanggungjawab . Saya berpendapat pendedahan dalam kursus ini dapat membantu mereka agar lebih yakin menguruskan persatuan masing-masing tanpa terlalu bergantung kepada guru . Mereka adalah pelapis kepada pemimpin negara masa akan datang . Saya doakan mereka berjaya dan sejahtera melayari hidup dengan cemerlang dan terbilang .

Friday, February 13, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Cuaca elok pada pagi ini . Perhimpunan dapat diadakah di Dataran Clifford . Seperti biasa , pergerakan pelajar ke tapak perhimpunan agak lambat . Saya ke blok C minta pelajar tingkatan 4 dan 5 di blok itu menutup semua suis kipas dan lampu serta bergerak segera ke tapak perhimpunan .
Pelajar mengambil tempat masing-masing di tapak perhimpunan termasuk pasukan band sekolah .
Semua bersiap sedia untuk menyanyi lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak yang diiringi muzik dari pasukan band sekolah .
Penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua kepada pelari-pelari sekolah yang memenangi larian 4X100 m dalam jemputan sukan SMK Raja Muda Musa , KK . Pasukan B15 tehun berjaya menjadi johan , manakala pasukan B18 menjadi naib johan .
Pelajar mendengar ucapan nasihat dan perjalanan program sekolah yang disampaikan oleh Guru Bertugas , Guru Penolong Kanan Kokurikulum , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan akhirnya ucapan Pengetua .
Selepas selesai perhimpunan , pelajar menjalani pemeriksaan mengejut oleh guru-guru disiplin dengan dibantu oleh para pengawas sekolah di dataran ini . Pelajar perempuan pula (Tingkatan 6Atas) diperiksa di tempat tertutup iaitu Bilik Mesyuarat . Seperti biasa , pemeriksaan ini bertujuan mempiawaikan pakaian sekolah pelajar supaya lengkap seragamnya selain memeriksa poket dari gejala rokok , telefon bimbit dan barangan lain yang dilarang dibawa ke sekolah . Pelajar juga dilarang mewarnakan rambut dan memotong / menggayakan rambut dengan stail yang tidak diizinkan . Pelajar perempuan pula dilarang memakai barang kemas . Dengan pemeriksaan ini , mereka lambat memasuki kelas . Saya menunggu dan terus menunggu di Makmal Fizik dan akhirnya masa P&P saya dari 120 minit cuma tinggal 40 minit sahaja untuk belajar . Selalu juga jadi begini . nampaknya saya kena atur kelas tambahan untuk menampung waktu-waktu itu supaya sukatan STPM dapat diselesaikan sebelum peperiksaan percubaan September nanti .

Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti Bidang Sains Dan Matematik

Hari ini adalah hari aktiviti persatuan , antara 7.40-9.00 pagi . Nampaknya hari ini saya ada mood untuk merakam aktiviti anak-anak didik di dalam persatuan bidang saya , Sains dan matematik .

Persatuan Angkasa melancarkan roket yang baru direkabentuk di padang sekolah
Persiapan akhir sebelum pelancaran roket bermula
Persatuan Sains memulih mural di tembok Makmal Fizik , Kimia dan Biologi
Ahli-ahli Persatuan Sains ini tidak sedar aktiviti mereka saya rakam sebab saya bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain
Persatuan Matematik bermain permainan Matematik di Kelas 4SK1
Persatuan Robotik memasang peralatan membuat robot di kelas 2RK1
Itulah rakaman yang mampu saya lakukan setelah berkeliling satu sekolah . Lepas itu kaki saya rasa lenguh . Sayapun ke kantin untuk minum sebelum kelas saya bermula jam 11.50 - 2.00 petang . Saya tidak merakam aktiviti ahli PROSTAR sebab hari ini mereka membuat perbincangan aktiviti akan datang . Aktiviti Persatuan Siber tidak dapat saya rakam sebab tidak menemui mereka di tempat biasa , rupanya mereka memasang LCD dan menonton di Makmal Sains .

Tuesday, February 10, 2009

EGO

Petikan Kamus Pelajar tentang makna ego
" /égo/ 1. sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2. perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. "

Berdasarkan takrif 1. ( sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian.) Ternyata semua orang mempunyai ego masing-masing kerana ada keperibadiannya sendiri. Ego inilah yang dapat menceriakan hidup kita dalam bermasyarakat. Banyaknya perbezaan individu dalam organisasi membantu kita mendapatkan berbagai-bagai pandangan yang berbeza . Perbezaan inilah menyebabkan kita tidak mudah bosan . 

Berdasarkan takrif 2. ( perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri , keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. ) Ego inilah yang membuatkan orang lain menderita dan menahan perasaan sengsara bila hidup bersama . Ego inilah yang sama erti dengan riak yang dilarang dalam Islam sebab ia dapat melemahkan iman orang yang ego itu . 

Dalam hidup kita fakta dan riak adalah dua perkara yang berbeza . Fakta adalah data atau kenyataan tetapi riak pula adalah ungkapan meninggi diri . Agaknya , apakah kelebihan yang diperolehi oleh individu yang ego / riak ? Bagi saya , lagi tinggi ego / riak , lagi lemah individu itu sebab dia gagal menggunakan ungkapan fakta . Betul ke ? Fikir-fikirkanlah ....