Thursday, February 26, 2009

HORMATI MAJLIS

Semasa kita bersekolah dulu, cikgu ajar kita supaya hormati majlis yang dihadiri. Kalau penceramah sedang berceramah, sebaiknya kita diam dan mendengar bicaranya. Ketika diberi peluang bercakap, bercakaplah selepas itu samada untuk bertanya soalan atau respon atau memberi pendapat terhadap ceramahnya. 

Kalau juruacara majlis sedang menutup majlis, sebaiknya dengar penutupannya dahulu sebelum beredar supaya majlis tidak kelihatan huru-hara. Dalam penutupan itu , mungkin dia ada sesuatu pesanan untuk disampaikan atau ada jemputan ke jamuan selepas majlis itu. Pada suatu majlis yang saya hadiri baru-baru ini, belum sempat juruacara menutup majlis sesuatu slot dan menjemput hadirin menjamu selera, hadirin telah bangun beramai-ramai dan bergerak pantas ke arah hidangan makan waktu rehat dan makan tengahari yang telah disediakan di tepi dewan secara buffet. 

Saya terkedu, terkejut, terpegun, kesal..... saya tidak faham kenapa jadi begitu. Pelakunya adalah orang dewasa yang berpelajaran tinggi, berkedudukan tinggi dan kedudukan mereka ramai yang lebih tinggi daripada saya. Apa yang dikejar? Adakah kerana merebut makanan itu? Atau ada hal lain? Kelakuan inikah yang hendak ditunjukkan kepada anak-anak? Atau bagaimana? 

Di sekolah, pelajaran sahsiah untuk pelajar sungguh ideal, tetapi di luar sekolah keadaan amat jauh berbeza . Keadaan ini diwujudkan sendiri oleh orang dewasa yang double standard. Pening kepala budak-budak tu. Jadi, saya faham sekarang, faktor masalah sahsiah anak-anak adalah daripada orang dewasa sendiri, walaupun individu dewasa itu berpelajaran tinggi dan berkedudukan tinggi dalam sesuatu organisasi.

No comments: