Hari ini anak-anak didik saya melaksanakan aktiviti kelab dan persatuan lagi . Aktiviti diadakan pada pukul 7.40 - 9.00 pagi di lokasi yang berbeza . Sambil memantau , saya sempat merakam aktiviti mereka .
Persatuan Matematik melayari internet di Bilik Komputer . Mereka mencari bahan dan tokoh Matematik untuk dimuatkan pada papan kenyataan (Sudut Matematik)
Ahli-ahli PROSTAR hari ini didedahkan komponen khemah dan cara untuk memasangnya . Aktiviti dilakukan di Dewan Hamdan .
Persatuan Robotik kali ini melukis rajah robot idaman mereka bagi menjalankan sesuatu fungsi . Mereka melukis di Kelas 2RK1.
Persatuan Sains pula menyambung aktiviti yang lalu iaitu memulih mural di dinding Makmal Biologi , Makmal Fizik dan Makmal Kimia .
Persatuan Siber kali ini menonton LCD cara membina website . Tayangan dan perbincangan kali ini diadakan di Makmal Sains 3 .
Ini adalah pemandangan dari blok A yang sempat saya rakam . Kelihatan pelajar-pelajar persatuan bidang lain menjalankan aktiviti di Dataran Clifford . Dua Bangunan di seberang jalan yang atapnya berwarna merah adalah bangunan warisan bagi Bandar Diraja ini . Ia terletak di padang Clifford .
Itulah aktiviti anak-anak didik saya pada kali ini . Saya selalu mendoakan mereka berjaya dalam segala bidang dan menjadi warga yang berguna kepada negara .
No comments:
Post a Comment