Tuesday, February 10, 2009

EGO

Petikan Kamus Pelajar tentang makna ego
" /égo/ 1. sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2. perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. "

Berdasarkan takrif 1. ( sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian.) Ternyata semua orang mempunyai ego masing-masing kerana ada keperibadiannya sendiri. Ego inilah yang dapat menceriakan hidup kita dalam bermasyarakat. Banyaknya perbezaan individu dalam organisasi membantu kita mendapatkan berbagai-bagai pandangan yang berbeza . Perbezaan inilah menyebabkan kita tidak mudah bosan . 

Berdasarkan takrif 2. ( perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri , keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. ) Ego inilah yang membuatkan orang lain menderita dan menahan perasaan sengsara bila hidup bersama . Ego inilah yang sama erti dengan riak yang dilarang dalam Islam sebab ia dapat melemahkan iman orang yang ego itu . 

Dalam hidup kita fakta dan riak adalah dua perkara yang berbeza . Fakta adalah data atau kenyataan tetapi riak pula adalah ungkapan meninggi diri . Agaknya , apakah kelebihan yang diperolehi oleh individu yang ego / riak ? Bagi saya , lagi tinggi ego / riak , lagi lemah individu itu sebab dia gagal menggunakan ungkapan fakta . Betul ke ? Fikir-fikirkanlah ....

No comments: