Hari ini kami bersekolah menggantikan cuti yang telah diambil pada Perayaan Tahun Baru Cina yang lalu . Kahadiran pelajar ke sekolah hari ini tidak memuaskan . Saya terlibat dengan kelas 5 Sains 2 tetapi yang hadir hanya 8 orang sahaja daripada 15 semuanya .
Pada hari ini juga diadakan Kursus Sehari Ketua-ketua Persatuan dan Permainan di Bilik Mesyuarat dari pukul 7.40 pagi hingga 1.00 tengahari . Pelajar yang wajib hadir ialah Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari semua persatuan dan permainan . Lebihkurang 120 orang mengikuti kursus ini dan melibatkan 10 orang guru membantu mengendalikannya . Makanan waktu rehat disediakan kepada mereka .
Selepas daftar , mereka mengambil tempat masing-masing . Bersedia mengikuti ceramah kepimpinan.
Setiausaha Kokurikulum menerangkan pengurusan persatuan manakala PK Kokurikulum menyampaikan penerangan tentang penubuhan dan mengendalikan mesyuarat persatuan .
Semasa memantau perjalanan kursus , saya dapati pelajar memberi kerjasama dengan mengikuti sepenuhnya taklimat dan penerangan tanpa membuat bising . Mereka adalah anggota tertinggi persatuan dan kebanyakan mereka adalah dari kelas elit dan pelajar-pelajar yang dipercayai serta bertanggungjawab . Saya berpendapat pendedahan dalam kursus ini dapat membantu mereka agar lebih yakin menguruskan persatuan masing-masing tanpa terlalu bergantung kepada guru . Mereka adalah pelapis kepada pemimpin negara masa akan datang . Saya doakan mereka berjaya dan sejahtera melayari hidup dengan cemerlang dan terbilang .
No comments:
Post a Comment