Sunday, May 19, 2013

SARAPAN HUJUNG MINGGU, TOSAI


Inilah sarapan saya pada setiap hujung minggu bersama suami di kedai mamak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Makan sekeping tosai rasa hendak lagi, makan dua keping tosai terlebih pula. Di sini tidak dijual tosai setengah. Dua keping tosai ini akan menyebabkan saya kenyang hingga ke petang tanpa mengambil makanan lain.

Apa yang menariknya hidangan ini ialah kuahnya dihidangkan dalam tiga jenis iaitu sambal kelapa, kuah dal dan kuah kari. Rasanya sedap-sedap belaka terutama karinya hingga saya meminta tambahan satu piring lagi. Merata tempat saya pergi tetapi rasanya tidak seperti ini.

Tentu orang lain akan berkata " alah, biasa aje tu...". Tetapi tidak bagi saya kerana citarasa manusia berbeza. Bila kita sudah suka sesuatu, sukar untuk diganti yang lain. Kalau adapun, rasanya tidak akan sama. Itulah hakikat kehidupan ini, ada yang tersirat di dalam yang tersurat....

1 comment:

ladida said...

kedainye di bahagian mn? dekat istana ke?